Temu bual bersama Syeikh Saad

Temubual Syeikh Al-Azhar

Kalam Presiden PMRAM 2011

Kalam Pengarah Program

PESERTA KUTUB SITTAH SIRI KE-3

30 September 2011

Jom Berkenalan dengan Kutub Sittah

Kutub Sittah ertinya buku-buku yang enam. Buku yang enam tu apa? Kitab-kitab yang secara rasmi di iktiraf sebagai Kutub Sittah ini ialah Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Jami’ Tirmizi, Sunan Nasai’e dan Sunan Ibn Majah.

Kesemua kitab ini merupakan kitab yang mengumpulkan hadith Rasulullah saw.

1. Kitab Sahih Bukhari dikarang oleh Abu ’Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Bukhari. Imam Bukhari merupakan Amir al-Mukminin di dalam bidang hadith. Selain Sahih Bukhari Imam Bukhari menulis juga karya-karya lain.

Nama penuh Sahih Bukhari ialah: ”Al-Jami’ al-Sahih al-Musnad min Hadith Rasulillah sallallahhu ’alaihi wa sallam wa sunanihi wa ayyamihi.”

2. Sahih Muslim pula dikarang oleh Imam al-Hafiz Abu al-Husin Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi al-Nisaburi.

3. Sunan Abi Daud dikarang oleh Abu Daud Sulaiman bin al-Asy’ath bin Ishaq bin Basyir bin Syaddad al-Azdi al-Sijistani. Beliau merupakan al-Imam Syaikh al-Sunnah Muhaddith Basrah.

4. Abu ’Isa Muhammad bin ’Isa bin Surah bin Musa bin al-Dhahhak al-Tirmidhi mengarang Jami’ Tirmidhi. Imam Tirmidhi memiliki banyak karya lain juga.

5. Kitab Sunan al-Nasai’e ditulis oleh al-Imam Abu ’Abd al-Rahman Ahmad bin Syua’ib bin ’Ali bin Bahr al-Nasai’e. Kitab Sunan ini juga dikenali sebagai Sunan al-Mujtaba.

6. Sunan Ibn Majah, rangkaian kitab Sunan Sittah ditulis oleh Abu Abdillah Muhammad bin Yazid bin Majah. Beliau juga dikenali sebagai Ibn Majah al-Quzwini.

Saya mencadangkan, kawan-kawan semua milikilah koleksi hadith. Alhamdulillah, kita semua sudah memiliki al-Quran dan terjemahannnya. Sekarang kawan-kawan cuba cari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim pula sebagai koleksi permulaan. Carilah Sahih Bukhari dan Muslim yang ada tejemahan kat tepi.

Seronok sangat bila boleh baca hadith Rasulullah saw. Seluruh al-Qur'an yang kita sering baca tu, semuanya diaplikasikan dan hidup semasa hayat Rasulullah saw. Para sahabat baginda juga menterjemahkan al-Quran dalam kehidupan mereka. Semua ini boleh kita kenali melalui hadith-hadith Rasulullah saw.

Sekiranya kita berkata, kita cintakan Allah...kita dikehendaki oleh Allah mengenali Rasulullah saw dan kehidupan baginda terlebih dahulu. Kita berusaha melakukan apa yang Rasulullah saw lakukan. Selepas itu barulah Allah akan mencintai kita.

"qul inkuntum tuhibbunallah, fattabi'uuni, yuhbibkumullah" (Ali Imran:31)

Sesiapa yang cuba mendekati Allah tanpa melalui jalan yang Nabi saw telah tunjukkan, nescaya orang itu tidak akan ke mana. Dia tidak akan beroleh cinta Allah. Jom lah berkenalan dengan Rasulullah saw melalui hadith-hadith Baginda saw.

daripada : http://albazrah.blogspot.com/2008/08/jom-berkenalan-dengan-kutub-sittah.html

29 September 2011

Ayuh sertai dan sebarkannya....


Assalamu 'alaikum....

InsyaALLAH pada bulan OKTOBER ini, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) akan mengadakan Satu Program Ilmiah yg dinamakan "Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri Ke-3 Kitab Sahih Bukhari Bersama Masyaikh Al-Azhar Dan Majlis Apreasiasi Kecemerlangan Graduan Dan Mahasiswa Cemerlang 2011"

Dengan tema :

Sunnah Dihayati, Ibrah Diteladani

Pendaftaran Dibuka 21 September 2011 Sehingga 18 Oktober 2011

Bagi Yang Berminat, Boleh Mendaftar Kepada

Ikhwah : Haniful Fuad [0113460169]

Akhwat : Hisymah Zulfa [0112478954]

Serta Unit Pendidikan BKAN Dan DPM

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :

Timbalan Pengarah 1 : Ahmad Baihaki [0111497568]


3 Pakej Yuran yang disediakan :

1. Pakej Biasa Le200

2. Pakej Mahasiswa Cemerlang Le275

3. Pakej Tahun Akhir Le300


Objektif:

1. Membina Dan Memupuk Mahasiswa Yang Berjiwa Ulama’.

2. Memupuk Semangat Dan Suasan Ilmu Di Kalangan Ahli.

3. Menerapkan Semangat Cintakan Hadith Dan Ilmu

4. Melahirkan Mahasiswa Yang Cintakan Persatuan Dan Sanggup Mencurah Bakti

5. Memberi Peluang Kepada Mahasiswa Dalam Memahami Hadith Nabi Muhammad Saw



صحيح البخاري




صحيح البخارى هو أصح كتب الحديث النبوي عند أهل السنة والجماعة. جمعه أبو عبد الله محمد بن إسماعيل البخاري وأسماه "الجامع المسند الصحيح المختصر من أُمور رسول الله صلى الله عليه وسلم وسننه وأيامه". هو أول مصنف في الحديث الصحيح المجرد المنسوب إلى محمد بن عبد الله رسول الديانة الإسلامية، وجاء مبوباً على الموضوعات الفقهية. وجملة أحاديث كتابه: سبعة آلاف ومئتان وخمسة وسبعون حديثاً بالمكرر، ومن غير المكرر أربعة آلاف حديث منسوب لمحمد. وقد نقل النووي إجماع الأمة على صحة الكتاب هذا ووجوب العمل بأحاديثه حيث قال[1]

«أجمعت الأمة على صحة هذين الكتابين ووجوب العمل بأحاديثهما» – يحيى بن شرف النووي

أي صحيح البخاري وصحيح مسلم، قام البخاري بجمعه والتحقق من صحة الأحاديث حسب علم الحديث الذي أسسه. والبخاري نسبة إلى بخارى في آسيا الوسطى. كان عمره ست عشرة سنة يوم ابتدأ بكتابة الصحيح، وانتهى وعمره ثمان وثلاثين سنة. أي تقريباً في سنة 232 هـ وقد ولد البخاري عام 194 هـ، وتوفي سنة 256 هـ. ويعد أول كتب الحديث عند السنة، وله مكانة بارزة لديهم، فيطلق عليه، مع صحيح مسلم، الصحيحان. قال ابن حجر في "مقدمة فتح الباري": "إن عدد ما في البخاري من المتون الموصولة بلا تكرار 2602 عنوان".

26 September 2011

3 Pakej Menarik


Bismillah hirrahman nirrahim...

Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri Ke-3 [Kitab Sahih Bukhari Bersama Masyaikh Al-Azhar ] Dan Majlis Apreasiasi Kecemerlangan [ Graduan Dan Mahasiswa Cemerlang 2011 ]

InsyaALLAH...kami membuka pendaftaran kepada sahabat dan sahabiah yang berminat sila berjumpa dengan

Ikhwah : Haniful Fuad [0113460169]

Akhwat : Hisymah Zulfa [0112478954]

Serta Unit Pendidikan BKAN Dan DPM


Dengan beberapa Pakej Yuran

1. Pakej Biasa Le200 | Pakej Mahasiswa Cemerlang Le275 | Pakej Tahun Akhir Le300

Pendaftaran Dibuka 21 September 2011 Sehingga 18 Oktober 2011

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :

Timbalan Pengarah 1 : Ahmad Baihaki [0111497568]

serta layari kami :

web rasmi : www.pmram.org

facebook/ pmram pusat

facebook/ persekutuan melayu republik arab mesir (pmram)

blog : www.kutubsittah-pmram.blogspot.com

email : tafaqquhpmram@yahoo.com