Temu bual bersama Syeikh Saad

Temubual Syeikh Al-Azhar

Kalam Presiden PMRAM 2011

Kalam Pengarah Program

PESERTA KUTUB SITTAH SIRI KE-3

31 October 2011

Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Ketiga (9)

Nadi Riadhi, Pukul08.55 p.m. - Majlis Penyampaian Cerderahati kenang-kenangan untuk para Masyaikh dan wakil-wakil dari setiap negeri.



Selesai sudah Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri Ke-3 dengan jayanya pada pukul 09.00 p.m. Alhamdulillah, semoga tahun depan kita berjumpa lagi.

Sekian.

Kullu Sanah Wa Antum Toyyibun.

Assalamu-'Alaikum-Wa-Rahmatullahi-Wa-Barakatuh.

Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Ketiga (8)

Nadi Riadhi, Pukul08. - Gambar Terbaru, ucapan dari Fadhilah Sheikh Ali Jum'ah, Mufti Republik Arab Mesir.


Antara Sheikh yang membanggakan Al-Azhar, Sheikh Toha Hubaishi. Walau dalam kondisi tubuh yang agak lemah, tapi ucapannya mampu menggegarkan dewan pada malam ini.

Mendengar dengan penuh perhatian.


Antara Isteri-isteri yang turut hadir menyempurnakan Majlis Penutup untuk Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri ke-3.



Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Ketiga (7)

Nadi Riadhi, Pukul 08.00 p.m. - Gambar terbaru, Ucapan oleh Fadhilah Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani.Barisan Masyaikh yang memeriahkan majlis :



Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Ketiga (6)

Nadi Riadhi,Jam 19.33 p.m. - Gambar tebaru akan diupload dari semasa ke semasa untuk perkembangan yang terbaru dari Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri ke-3. Ramai Masyaikh yang hadiri majlis malam ini. Ucapan Perasmian Penutup akan disampaikan oleh Fadhilah Sheikh Ali Jum'ah, Mufti Republik Arab Mesir.





- Sekarang, kalam taujihat untuk Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri ke-3 oleh Fadhilah Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani.

Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Ketiga (5)

Nadi Riadhi, Kaherah - Antara gambar pilihan, Solat Isya' Berjemaah yang diimamkan oleh Fadhilah Sheikh Dr. Jamal Farouq.

Anda boleh melayari www.albaeth.com untuk tontonan Siaran Langsung Majlis Kutub Sittah siri ke-3 ini.



Detik-detik akhir Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri ke-3, nantikan bersama. Anda boleh melayari www.albaeth.com untuk tontonan Siaran Langsung Majlis Kutub Sittah siri ke-3 ini.

Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Ketiga (4)

Nadi Riadhi, Jam 18.17 p.m. - Detik-detik akhir untuk Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri ke-3 hampir tiba. Ini antara gambar Sheikh Rifa'at Fauzi dengan bacaan-bacaan hadith yang akhir untuk Majlis K-6 kali ini.


Tahun ini, K-6 ditamatkan pada hadith yang ke-4322 (Kitab Al-Ghazi). Keseluruhan bacaan hadith sebanyak 1132 hadith.

Anda boleh melayari www.albaeth.com untuk tontonan Siaran Langsung Majlis Kutub Sittah siri ke-3 ini.

Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Ketiga (3)

Nadi Riadhi, Jam 16.50 p.m.- Selesai Solat Zohor berjemaah dan Makan Tengahari, para Pencinta Ilmu dihidangkan pula dengan alunan-alunan burdah & qasidah oleh para Huffaz dari Shoubra.

Pembacaan Kitab Shahih Bukhari disambung pada hadith yang ke-4086 oleh Fadhilah Sheikh Yahya Al-Kattani, dan disambung oleh Fadhilah Sheikh Saad Gawish sehingga hadith yang ke-4159.

Solat Asar memberi suntikan kepada para peserta apabila Jemaah ini dipimpin oleh Fadhilah Sheikh Yusri sebagai Imam.

Seterusnya, bacaan hadith disambung oleh Sheikh Saad Gawish dan diteruskan oleh Fadhilah Sheikh Usamah Al-Azhari pada hadith yg ke- 4196.

Masyaikh Muda yang turun hari ini antaranya :-

- Sheikh Aiman >>

- Sheikh Ahmad Nabawi >>

- Sheikh Usamah >>

- Sheikh Dr. Yusri >>

Fadhilah Sheikh Dr. Yusri menyambung bacaan hadith yang ke-4236, selepas menantunya Sheikh Usamah Al-Azhari menyerahkan majlis kepadanya. Kombinasi antara dua tokoh dalam satu keluarga ini amat mesra apabila mereka berdua saling berkomunikasi bagaikan dalam suasana kekeluargaan.

- Pencinta Ilmu yang tekun >>







Majlis dijangka akan berehat seketika apabila berkumandang Azan untuk Solat Maghrib selepas ini.



Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Ketiga (2)

Nadi Riadhi, 12:50 pm - Majlis pembacaan Hadith Oleh Al-Fadhil Asy-Syeikh Mohammad Ibrahim Al-Kintani di dalam tajuk [ Kitab Al-Maghari ] berhenti pada Hadith ke-4086, memberi kesempatan kepada peserta untuk menjamu seleraSuasana pembacaan Hadith pada hari ke-3, peserta berpakaian serba putih.
Solat Zohor di imami oleh Syeikh Yusri.

Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Ketiga (1)

Nadi Riadhi, 09.30 a.m. - Peserta sekarang sedang bersama Syeikh Dr. Jamal Faruoq diringi Syeikh Dr. Yusri yang membaca hadis bermula 3897 (Kitab Manaqib Ansar).

Bilangan peserta Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri Ketiga ini mencecah 900 orang termasuk warganegara Brunei, Indonesia, Singapura, Thailand dan lain-lain









30 October 2011

Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Kedua (4)

Nadi Riadhi, Jam 21.00 p.m - Alhamdulillah, Majlis Pembacaan Kutub Sittah untuk siri yang ke-3 ini selesai dengan selesa. Jika semalam kita berjaya menyelesaikan 191 hadith, untuk hari ini sahaja para peserta berjaya diperdengarkan 635 hadith-hadith. Diharapkan moga ada berkat mengiringi setiap satu kalimah dari hadith-hadith ini, InsyaAllah.

Peserta yang menyertai Majlis K-6 pada hari ini dimaklumkan seramai 937orang peserta,
425 peserta ikhwah dan 512 peserta akhwat.

Kesimpulannya ,majlis pembacaan kutub sittah pada hari ini berjalan dengan lancar dan teratur. Majlis akhirnya ditangguhkan pada jam 21.00p.m.
Sekian untuk hari ini.

Barakallahu Fiikum.

Assalamu-'Alaikum.

Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Kedua (3)

Nadi Riadhi, Jam 19.40 - Alhamdulillah peserta selesai menunaikan solat Isyak secara berjemaah. Majlis diteruskan dengan pembacaan kutub sittah siri ke-3 yang sedang disampaikan oleh al-Fadhil Syeikh Dr. Saad Gawish. Ya Allah, berkatilah majlis ini!








Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Kedua (2)

Nadi Riadhi, Jam 01.15 - Selesai solat zohor, para Pencinta Ilmu menjamu selera dan terus menantikan bacaan-bacaan hadith seterusnya dari Para Masyaikh.

Majlis diteruskan dengan Burdah & Qasidah dari pelajar-pelajar Maahad Qiraat, Shoubra. Kurang+lebih pukul 1.30 p.m majlis diteruskan dengan hadith-hadith dari bacaan Fadhilah Sheikh Usamah Al-Azhari sehingga pukul2.25 p.m pada hadith yang ke-3598.

Burdah & Qasidah dialunkan sekali lagi oleh mereka yang diketuai oleh saudara Muhammad Mustafa Bin Ali dan diteruskan bacaan hadith-hadith oleh Fadhilah Sheikh Ahmad Nabawi.

Sekian laporan saat ini, Jam 2.33 p.m.

Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Kedua (1)

Nadi Riadhi, Jam 11.30 a.m - Selamat untuk hari kedua, sekarang pembacaan disambung oleh Fadhilah Sheikh Yahya Al-Kattani setelah selesai 100 hadith yang diperdengarkan oleh Fadhilah Sheikh Dr. Jamal Farouq, Sheikh Aiman dan Sheikh Rifa'at Fauzi sebentar tadi. Majlis K-6 utk hari ini berjalan dengan lancar, tanpa sebarang komen-komen yang negatif dari para peserta, AJK, mahupun para Masyaikh.

Alhamdulillah, sekarang jom "cuci mata, mengubat jiwa" dengan gambar-gambar yang dipilih utk hari ini :-

Burdah & Qasidah >>





29 October 2011

Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Pertama (7)

Nadi Riadhi, Kaherah - Alhamdulillah, Majlis K-6 untuk hari ini dah selesai dan berjalan dengan lancar. Hari ini kami telah selesaikan sebanyak 197 hadith bersama Masyaikh Terbaik, antaranya Sheikh Jamal Farouq, Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani, Sheikh Usamah Al-Azhari dan banyak lagi yang turun bersama K-6 untuk kali ini.

Majlis hari ini, diakhiri dengan Tasbih Kafarah & Surah Al-Asr dan ramai-ramai menunaikan solat Asar berjemaah dan menjamu selera.

Alhamdulillah, selesai sudah untuk hari ini, tepat jam 3.45 p.m. Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri yang ke-3 ini akan bersambung untuk esok hari pada pukul7.00 a.m, InsyaAllah.

Sekian,
Assalamu-'Alaikum-Wa-Rahmatu-llahi- Wa- Barakatuh.

Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Pertama (6)

Nadi Riadhi, Kaherah - Sekarang tiba giliran Fadhilah Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani mendengarkan bacaan hadith-hadith bermula dari hadith ke-3297, sekarang hadith ke-3326.

Antara gambar-gambar yang dipilih untuk tatapan anda :-

>> Ini yang sekarang >>



>> Ini "time" makan tadi >>


>> Ini ketika pembacaan hadith dari Fadhilah Sheikh Usamah Al-Azhari, sebelum zohor tadi :-





Di jangka, Majlis K-6 untuk hari ini akan selesai awal sekitar pukul3.30 p.m.