Majlis yang penuh bersejarah ini diadakan di Dewan Andalus, Al-Azhar Conference Centre ini turut disertai ibu bapa para graduan dan mahasiswa cemerlang.
Majlis yang disambung selepas berhenti rehat kemudiannya diserikan dengan kedatangan Dr Saad Saad Jawish Al-Azhari.
Ketika menyampaikan ucapan, beliau menceritakan pengalaman beliau di Malaysia dan beliau menyatakan peri pentingnya peranan Azhari di dalam lapangan dakwah di Malaysia.
Majlis Apresiasi Kecemerlangan hari ini selesai dengan jayanya pada pukul 4.30 petang. Selaut kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT di atas kejayaan PMRAM mengadakan majlis ini.,
"Semoga dengan keberkatan majlis ini memberi motivasi kepada para Graduan Al-Azhar agar menjadi penggerak dan pejuang agama Islam di Malaysia kelak." Ujar Pengarah Program Apresiasi Kecemerlangan 2011, Saudara Ahmad Daniel B Mohmad Hassan.
No comments:
Post a Comment