Temu bual bersama Syeikh Saad

Temubual Syeikh Al-Azhar

Kalam Presiden PMRAM 2011

Kalam Pengarah Program

PESERTA KUTUB SITTAH SIRI KE-3

28 October 2011

ETIKA DISIPLIN MAJLIS PEMBACAAN KUTUB SITTAH


Firman ALLAH SWT : " Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal salih yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran".( Surah al-Asr : 1-3 )...


10 ETIKA DISIPLIN

MAJLIS PEMBACAAN KUTUB SITTAH siri ke-3
PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR

1. Semua peserta hendaklah berada di tempat duduk yang disediakan semasa majlis sedang berlangsung.

2. Tepati masa dan berada di dalam dewan 10 minit sebelum majlis bermula.

3. Sentiasa fokus dan memberi sepenuh perhatian sepanjang majlis berlangsung.

4. Semua peserta dilarang sama sekali untuk mengambil gambar dan membuat sebarang rakaman video.

5. Matikan atau nyah-bunyikan telefon bimbit anda untuk mengelakkan gangguan teknikal.

6. Untuk makluman semua peserta, Unit Disiplin dan Protokol telah membahagikan kedudukan peserta kepada dua zon iaitu Zon A dan Zon B. Zon A disebelah kanan dan Zon B di sebelah kiri. Setiap kali waktu solat dan waktu makan, Zon A akan solat dahulu, dan Zon B makan dahulu.

7. Diharap semua peserta dapat mematuhi dan mengikuti semua peraturan dan etika majlis. Sebarang tindakan atau perlakuan yang melanggar etika akan dikenakan tindakan tegas.

8. Dilarang sama sekali meninggalkan majlis kecuali ada urusan penting dan mendapat keizinan daripada Unit Disiplin dan Protokol.

9. Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, peserta dilarang bermusofahah dengan syeikh sepanjang majlis berlangsung.

10. Segala permasalahan dan kesulitan, sila rujuk kepada Unit Disiplin dan Protokol.

Firman Allah swt : ' Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekiuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya'.
(Surah Ali Imran : 200)

Manusia unggul akan berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya dan sentiasa dapat memenuhi tuntutan-tuntutan rohani dan jasmaninya dengan terkawal. Aspek-aspek rohani dan jasmani manuisa yang terdiri daripada empat perkara asas iaitu akal fikiran, roh, jasad dan syahwat akan dapat dididik dan dipandu berdasarkan fitrah sebenar berdasarkan fungsi kejadian manusia itu sendiri sebagai makhluk istimewa dan khalifah Allah yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi ini.

Disediakan oleh:

Unit Disiplin dan Protokol |Majlis Pembacaan Kutub Sittah

No comments:

Post a Comment