Temu bual bersama Syeikh Saad

Temubual Syeikh Al-Azhar

Kalam Presiden PMRAM 2011

Kalam Pengarah Program

PESERTA KUTUB SITTAH SIRI KE-3

23 October 2011

Semua mahasiswa/wi Islam dijemput untuk menyertai Program Mega yang bakal diakan pada akhir bulan Oktober dan awal bulan November ini.

Pada tarikh 2 November, akan diadakan MAJLIS APRESIASI & KECEMERLANGAN bertempat di AL-AZHAR CONFERENCE CENTER[ACC]. Terbuka kepada semua Graduan Tahun Akhir( Graduan Pengajian Islam dan Perubatan, Tasfiyah , Graduan Master Al-Azhar dan Darul Ifta', Graduan sesi 2009 sehingga 2011 serta bagi tamat pengajian) dengan pendaftaran LE120, dan LE100 bagi Mahasiswa/wi Cemerlang ( Jayyid dan keatas : Pengajian Islam, dan Jayyid Jiddan dan keatas : Perubatan). Pendaftaran boleh dibuka pada setiap Unit Pendidikan PMRAM cawangan anda, tarikh terakhir pada 24 Oktober 2011.


Manakala pada tarikh 29, 30, dan 31Oktober pula akan berlangsungnya MAJLIS PEMBACAAN KUTUB SITTAH SIRI KETIGA [SAMBUNGAN KITAB SAHIH BUKHARI BERSAMA MASYAIKH AL-AZHAR ASY-SYARIF] dengan bertemakan SUNNAH DIHAYATI, IBRAH DITELADANI.

"Majlis Pembacaan Kutub Sittah dan Majlis Apresiasi mempunyai sejarah yang tersendiri yang sangat berharga bagi PMRAM. Ia merupakan majlis paling berprestij di peringkat PMRAM dalam konteks pendidikan dan thaqafah," ujar Setiausaha Agung PMRAM, Saudara Firdauz Noh yang merupakan pemantau bagi Majlis Apresiasi.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan :-
Ustaz Ahmad Baihaki bin Rashid [ 01111497568 / an_nasry87@yahoo.com ]
Ustazah Intan Soraya binti Hashim [ 01148633432 / surayahashim_87@yahoo.com ]

No comments:

Post a Comment