Temu bual bersama Syeikh Saad

Temubual Syeikh Al-Azhar

Kalam Presiden PMRAM 2011

Kalam Pengarah Program

PESERTA KUTUB SITTAH SIRI KE-3

30 October 2009

Makluman Sijil & Sanad

Makluman Buat Semua Peserta Majlis Pembacaan Kutub Siitah
Anjuran: Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir


  1. Sijil penyertaan bagi setiap peserta telah siap sepenuhnya.
  2. Sanad masih lagi dalam proses terakhir untuk mendapatkan cop daripada al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq.
  3. Kedua-dua sijil penyertaan dan sanad akan diserahkan kepada semua peserta secara sekaligus.
  4. Harap maklum.
  5. Segala makluman akan disiarkan dari semasa ke semasa.

Pesanan Pengarah

Perhatian kepada semua peserta Majlis Pembacaan Kutub Sittah, anda diminta untum menyerahkan borang muhasabah kepada pihak pengurusan.
Kerjasama daripada kalian semua amat diharapkan bagi memastikan pengurusan dan segala aspek perkara yang berkaitan dapat diperbaiki dan memastikan perjalanan program pada masa akan datang lebih baik.

22 October 2009

Makluman

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh…

.:: MAKLUMAN GAMBAR KUTUB SITTAH PMRAM ::.

Bagi pihak Ikhwah, tempahan gambar dibuka sehingga 27 Okt 2009 dan semua peserta boleh mengambil gambar tempahan bermula tarikh 8 NOV 2009 di Pejabat PMRAM.

Bagi pihak Akhawat tempahan dibuka sehingga 23 OKT 2009, pemilihan gambar boleh dibuat dimarkas HEWI PMRAM bermula jam 12 tengahari sehingga jam 5 petang, dan semua gambar tempahan pihak Akhawat boleh diambil pada 25 OKT 2009 dimarkas HEWI PMRAM.

Sebarang masalah dan pertanyaan sila hubungi Jawatankuasa Fotografi Dan Dokumentasi Kutub Sittah:

Ustaz Faiz Mat Zaid - 010 0719157 Emel : faizmatzaid@yahoo.com (ikhwah)

Ustazah Nor Hidayah Sulaiman – 011 8518938 Emel : pelita239@yahoo.com (akhawat)

21 October 2009

Gambar Menarik Di Kutub Sittah

Saksikan Gambar-Gambar Menarik Di Sepanjang Majlis Pembacaan Kutub Sittah Anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
Klik Di Sini



Untuk Tempahan Gambar Sila Berhubung Terus Dengan Unit Fotografi & Dokumentasi

Majlis Pembacaan Kutub Sittah Berjaya

Kaherah, 20 Oktober 2009 - Majlis Pembacaan Kutub Sittah anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir siri pertama melabuhkan tirai. Majlis yang telah berlangsung semenjak tiga hari yang lalu berlangsung dengan baik dan penuh harmoni tanpa ada sebarang cubaan sabotaj atau perbuatan khianat untuk menggagalkan majlis tersebut. Berbeza dengan keadaan tiga hari yang lalu, pihak penganjur iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir membuat keputusan mengadakan majlis penutupan Pembacaan Kutub Sittah siri pertama di Nadi Riadhi, Hayyu Sadis.

Dewan Nadi Riadhi, mula dibanjiri para peserta seawal jam 6.30 pagi dan pada hari yang terakhir para peserta kelihatan lebih bersemangat kerana hampir 98 peratus peserta mengenakan jubah putih bagi peserta lelaki dan tudung putih bagi peserta perempuan. Wajah berseri-seri dan penuh ceria dilihat pada semua peserta yang hadir pada majlis penutupan ini.

Majlis pembacaan Kitab Sahih Imam Bukhari dimulakan oleh al-Allamah Syeikh Dr. Rifaat Fauzi Abdul Mutalib bermula pada hadith yg ke 1466 dan diteruskan oleh al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani. Majlis Pembacaan Kutub Sittah diakhiri oleh al-Allamah al-Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani pada hadith yang ke 1788 tepat jam 5 petang. Turut bersama adalah al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani , al-Allamah Syeikh Jamal Farouq dan Syeikh Toha Dusuqi al-Hubaisyi.

Majlis penutupan diserikan dengan kedatangan para masyaikh dan ulama' terkemuka al-Azhar termasuk al-Allamah al-Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani, al-Allamah Syeikh Jamal Farouq, Syeikh Toha Dusuqi al-Hubaisy, al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani, Syeikh Ahmad Hajain, Syeikh Dr. Sa'ad Jawish, Syeikh Asyraf Imam Masjid 6 Oktober, Syeikh Usamah Mahmud al-Azhari dan paling istimewa adalah kehadiran al-Allamah Syeikh Dr. Ali Jumuah, Mufti Mesir.

Sebelum bermula muhadhrah bersama al-Allamah Mufti, para masyaikh menyampaikan amanat dan kata-kata pendorong kepada semua yang hadir pada majlis tersebut. Antara yang ditegaskan dan diharapkan oleh para masyaikh adalah agar majlis dan program sebegini diteruskan pada masa yang akan datang.

Penghujung majlis, setelah selesai sesi muhadharah bersama al-Allamah Syeikh Dr. Ali Jumuah, sesi penghargaan kepada para masyaikh yang sudi meluangkan masa dalam menjayakan majlis ilmu ini dan majlis pengijazahan sanad kepada semua peserta Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri pertama anjuran PMRAM.

Disediakan oleh:
Sidang Wartawan,
Majlis Pembacaan Kutub Sittah, PMRAM

19 October 2009

Majlis Penutup Bersama Mufti Mesir



Majlis Pembacaan Kutub Sittah Semakin Rancak


Kaherah, 19 Oktober - Setelah dua hari berlangsung, Majlis Pembacaan Kutub Sittah anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir dilihat semakin rancak berlangsung. Majlis pada hari ketiga bermula lebih awal iaitu sekitar jam 9.05 pagi dengan alunan bacaan ayat-ayat suci al Quran daripada Ustaz Salman Ali Rejab dari Shoubra.


Pembacaan hadis Sahih Bukhari pada hari ini dimulakan oleh al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani bermula pada Kitab al Jumuah. Semasa waktu rehat, majlis diserikan dengan persembahan Qasihan daripada peserta negeri Selangor. Turut membacakan hadis pada hari ini adalah al-Allamah al-Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani dan Syeikh Dr. Usamah Mahmud al-Azhari.

Pembacaan hadis daripada Kitab Sahih Bukhari yang dimulakan pada hadis yang ke 875 pada Kitab al Jumuah sehingga hadis yang ke 1465 pada Kitab al-Zakat dengan jumlah pembacaan pada hari ini adalah sebanyak 591 buah hadis.

Majlis diakhiri dengan slot muhadhoroh bersama al-Allamah al-Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani. Antara yang menarik sesi tersebut, al-Allamah Syeikh Muhammad menceritakan tentang kisah hidup beliau dalam mendalami ilmu hadis, menegaskan tentang peri penting ilmu hadis dan beliau juga amat mengharapkan agar majlis pembacaan hadis-hadis Rasulullah dapat diteruskan pada masa akan datang. Beberapa cadangan yang dilontarkan oleh al-Allamah al-Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani adalah mengadakan majlis pembacaan hadis pada setiap minggu dan mengkhatamkan kitab hadis sahih pada setiap kali dalam bulan Ramadhan.

Tuan Pengarah Kutub Sittah


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Rangkuman Berita Akhawat

Bermula seawal jam 7 pagi sesi pendaftaran telah dibuka kepada semua mahasiswi. Seramai 273 orang peserta termasuk peserta dari negara jiran iaitu Brunei dan Singapore telah menghadiri untuk bersama-sama menjayakan program ini.
Sepanjang majlis berlangsung, pihak PMRAM mengambil langkah inisiatif dengan mengadakan jualan sepanjang program ini berjalan. Jualan ini juga bertujuan untuk menambahkan lagi dana ekonomi PMRAM yang sedia ada.


Penampilan istimewa di pihak akhawat adalah isteri kepada Syeikh Dr. Usamah Mahmud al-Azhari telah mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan para peserta. Beliau juga sempat mentashihkan bacaan al-Quran dikalangan beberapa orang peserta. Sejurus selepas itu, beliau memberikan sedikit kalam taujihat kepada para peserta.


Satu kemalangan kecil telah berlaku sepanjang program ini berjalan. Seorang pemimpin HEWI PMRAM dan salah seorang AJK Unit Jamuan terkena curahan air panas kerana jag yang dipegangnya pecah. Salah seorang peserta dari pelajar Perubatan Zagazig telah merawat kedua-dua mereka tersebut.

Untuk Makluman kepada semua peserta yang mengikuti program ini, pihak Unit Fotografi dan Dokumentari telah membuka kaunter perkhidmatan untuk tempahan gambar-gambar kenangan sepanjang program.

18 October 2009

Hari Kedua Kutub Sittah PMRAM : 874 Hadis Telah Dibaca

Kaherah, 18 Oktober - Hari kedua Majlis Pembacaan Kutub Sittah bersama para masyaikh al Azhar anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir diteruskan seawal jam 9.15 pagi. Seperti semalam, semangat cintakan ilmu yang ditonjolkan oleh para peserta semakin berkobar-kobar apabila mereka semua mula membanjiri kaunter pendaftaran seawal jam 8 pagi.

Pembacaan kitab Sahih Bukhari pada hari ini bermula pada hadis yang ke 187 pada kitab al-Wudu' oleh al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani. Majlis kemudianya diteruskan oleh al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq yang bergandingan dengan Syeikh Dr. Usamah sehingga solat maghrib. Turut bersama pada malam ini adalah al-Allamah al-Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani yang menyampaikan pembacaan seusai solat maghrib.

Majlis yang berlangsung dengan lancar pada hari ini tanpa sebarang gangguan berjaya menghabiskan sebanyak 689 buah hadis dan menjadikan sebanyak 874 buah hadis telah dibaca sehingga hari kedua majlis berlangsung.

Para masyaikh yang hadir meluahkan rasa amat berbangga dan berpuas hati kerana Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir buat julung kali mengadakan Majlis Sama' Ahadis Rasulullah sebegini kerana majlis seperti ini sudah sekian lama tidak diadakan. Para masyaikh juga mengharapkan agar majlis ini diteruskan pada masa akan datang kerana ia adalah sunnah dan merupakan sebuah majlis ilmu yang penuh dengan keberkatan.



Untuk gambar-gambar menarik sepanjang Majlis Pembacaan Kutub Sittah PMRAM, sila berhubung terus dengan Unit Fotografi dan Dokumentasi

17 October 2009

Majlis Pembacaan Kutub Sittah Berlangsung Baik

Mesir, 17 Oktober - Alhamdulillah, Majlis Pembacaan Kutub Sittah anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Berkat usaha gigih serta doa daripada semua pihak, Allah mengizinkan majlis pembacaan hadis Rasulullah s.a.w daripada kitab Sahih Bukhari dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan dan masalah yang tidak diingini.

Sesi pendaftaran para peserta bermula seawal jam 8.00 pagi dan majlis perasmian disempurnakan oleh al-Allamah Syeikh Dr. Usamah al-Azhari. Para peserta terpegun dan bersemangat dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Syeikh Dr. Usamah. Turut bersama dalam majlis perasmian adalah al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq.



Majlis pembacaan hadis Rasulullah s.a.w daripada kitab Sahih Bukhari dimulakan pada jam 1.15 petang secara bergilir-gilir oleh al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq, al-Allamnah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani dan al-Allamah Syeikh Dr. Usamah al-Azhari. Sekitar jam 2.45 petang, majlis berhenti rehat seketika dan sesi pembacaan Sahih Bukhari kembali diteruskan pada jam 3.45 petang oleh al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq sehingga waktu maghrib.

Majlis pembacaan diteruskan seusai solat maghrib oleh al-Allamah Syeikh Dr. Rifa'at Fauzi Abdul Mutalib ditemani al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani. Sepanjang majlis berlangsung, para masyaikh telah membaca Sahih Bukhari bermula daripada hadis yang pertama pada Kitab Bad el Wahyi sehingga hadis yang ke 186 pada Kitab al Wudu'. Majlis berakhir sekitar jam 8.30 malam.

Semoga usaha murni Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang menganjurkan Majlis Pembacaan Kutub Sittah bersama para masyaikh Al Azhar dilimpahi keberkatan, rahmat dan mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t serta dapat diteruskan sehingga keakhirnya.

16 October 2009

Isu Kutub Sittah : Kenyataan Rasmi Pemangku Presiden

Sumber : Web PMRAM
Isu Majlis Pembacaan Kutub Sittah telah menjadi kontrovesi yang mencetuskan pelbagai tanggapan. Namun pihak PMRAM meminta semua ahli bertenang dan mengikuti arahan pimpinan PMRAM dari semasa ke semasa.

PMRAM dengan ini melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas tindakan pengarah JPMK menghantar surat bagi membatalkan penggunaan dewan Azhar Conference Centre (ACC). Bagi PMRAM, tindakan ini merupakan tindakan yang tidak professional, menghalang perkembangan majlis ilmu bahkan bersifat menghina para alim ulamak yang dijemput hadir. Tuduhan dalam surat yang menyatakan PMRAM menganjurkan konvokesyen dan cenderung kepada pembangkang merupakan tuduhan yang berat tanpa sebarang asas yang kukuh. Tuduhan tersebut merupakan provokasi keterlaluan yang boleh menimbulkan salah faham antara PMRAM dan Al-Azhar.

PMRAM mengambil pendekatan diplomasi dalam menghadapi isu ini dan cuba mengelakkan tindakan provokasi. Oleh itu PMRAM dan beberapa orang wakil YDP BKAN telah berjumpa dengan pengarah JPMK pada 14 Oktober lalu jan 9.15 pagi dan menyatakan bantahan secara rasmi. Setelah berkali-kali didesak, Pengarah JPMK menyatakan tindakan menghantar surat tersebut merupakan arahan daripada pihak atasan.

Beberapa persetujuan telah dicapai bersama, namun PMRAM masih lagi menunggu tindakan lanjutan daripada pihak JPMK. Satu dialog terbuka yang turut dihadiri oleh JPMK akan diadakan dalam masa yang terdekat ini dan akan dimaklumkan kemudian. Walaupun tindakan tidak professional ini dilakukan oleh pihak JPMK, PMRAM dengan ini menegaskan hubungan rasmi akan diteruskan demi menjaga kesatuan dan kebajikan mahasiswa dan mahasiswi di Mesir.

PMRAM mengharapkan agar pihak JPMK lebih professional dalam melaksanakan tugasnya dan berbincang dengan PMRAM terlebih dahulu sekiranya timbul sebarang isu demi mengelakkan sebarang kekeliruan. PMRAM berharap agar semua ahli sentiasa berdoa semoga program ini berjalan dengan lancer tanpa sebarang gangguan dan halangan.

Akhirnya saya mewakili PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan dukungan ahli dalam menyelesaikan isu ini. Tanpa sokongan dan dokongan ini, PMRAM tidak akan mampu melangkah lebih jauh.

Sekian.

Shahrizan bin Mohd. Hazime
Pemangku Presiden PMRAM 2009

15 October 2009

Senarai Nama Kutub Sittah ( Akhawat )

Senarai Nama Peserta Pembacaan Kutub Sittah ( Akhawat - Pakej Biasa )

K6-384 Nurhidayah binti Azizan
K6-385 Norzihan binti Mohd Rafidi
K6-386 Siti Musfirah binti Shahari@Hj Abdullah
K6-387 sofia binti Shafie
K6-388 Nor Shuhada binti Che Hashim
K6-389 Mardhiah binti Ahmad Shahimi
K6-390 Nur Aimi Jalwati binti Mohd Rani
K6-391 Huzaifah binti Hassan
K6-392 Siti Salamah binti Hamzah
K6-393 Nurhafsah binti Awalluddin
K6-394 Nurul Najuwa binti Sazali
K6-395 Madhiah binti Abdullah Rahim
K6-396 Nur Azizah binti Moahamad Zaidi
K6-397 Nik Siti Hajar binti Nik Salleh
K6-399 Nor Latifah binti Othman
K6-400 Shamsudia binti Zakaria
K6-401 Ummul Khair binti Mohd Yunus
K6-402 Isliawati binti Ismail
K6-403 Wan Liza binti Rethuan
K6-404 Siti Nuraini binti Salim
K6-405 Siti Salwa binti Mohamad Ramli
K6-406 Siti Habibah binti Ibrahim
K6-407 Shamsiah binti Alias
K6-408 Mufidah Hawa binti Embong
K6-409 Suniza binti Sahbudin
K6-410 Farah binti Mohd Ja'far
K6-411 Nur Sakinah binti Abu Bakar
K6-412 Noor Zailin binti Maat
K6-413 Syarifah Nur Kamilah binti Syed Ahmad
K6-414 Nor Nadiah binti Che Yusof
K6-415 Umul Hana binti Idris
K6-416 Rabiatul Adawiyyah binti Ramlee
K6-417 Norizzati binti Zakaria
K6-418 Khairunnisa' binti Yusof
K6-419 Adawiyyah binti Jaludin
K6-420 Suhaini binti Awang Kechik
K6-421 Sharifah Khalijah binti Syed Rosalan
K6-422 Tuan Siti Nazifah binti Tuan Long
K6-424 Norhasimah binti Salleh
K6-425 Faiznur binti Mohamad Tarmizi
K6-426 Nurul Farhana binti Md Ghazali
K6-427 Hazila binti Abdul Hamid
K6-428 Syazwana binti Ismail
K6-429 Noreha binti Mahat
K6-430 Aeshah binti Abdul Ghani
K6-431 Nur Syahidah binti Watib
K6-432 Nur Munirah binti Abd Mutalib
K6-433 Nadia binti Ahmad
K6-434 Sarah Wahida binti Ismail
K6-435 Siti Nazlia binti Abdullah
K6-436 Nur Syazwina binti Mansor
K6-437 Juhaida binti Abdul Hamid
K6-438 Nur Hasanah binti Rafi'I
K6-439 Sahilah binti Mad Isa
K6-440 Siti Hawa binti Bakar
K6-441 Siti Khodijah binti Mat Lazim
K6-442 Norehan binti Mohd Yunan
K6-443 Siti Aisyah binti Ishak
K6-444 Anni'mah binti Abu Rijal
K6-445 Nursuhadah binti Jauri
K6-446 Nooraffida binti Md Kamal
K6-447 Ain Syafiqah binti Mohamad Muhsin
K6-448 Syarifah Dura 'Aisyah binti Syed Hashim
K6-449 Nurul Ain binti Abd Karim
K6-450 Syahirah binti Mohd Yusof
K6-451 Nur Aziemah binti Haji Othman
K6-452 Nur Hanis binti Muhamad Mansor
K6-453 Halimatun binti baharudin
K6-454 Siti Farhana binti Abdul Malik
K6-455 Siti Humaira binti Rosli
K6-456 Nurfariza binti Mohammad Zahidi
K6-457 Zafirah binti Mohd Padzir
K6-458 Wan Siti Mariam binti Wan Zakaria
K6-459 Nadia binti Remli
K6-460 Shazazierra binti Sharif
K6-461 Habsah binti Salleh
K6-462 Nurul Hasanah binti Yahuza
K6-463 Safinah binti Hasan
K6-464 Nurul Hidayah binti Abas
K6-465 Siti Iziatul hawa binti Mohd Yusof
K6-466 Zakiatun Nazneen binti Abdul Hannan
K6-467 Siti A'ishah binti Ibni Hajar
K6-468 Effa Yuli binti Mohd Yusof
K6-469 Izati binti Selamat
K6-470 Siti Noor Haiza binti Fadzil
K6-471 Qudsiyyah binti Amanah Abdul Hannan
K6-472 Nurul Zanirah binti Mohd Jaafar
K6-473 Nur Khairul jannah binti Mohamad
K6-474 Robiatun binti Zulkepley
K6-475 Maryam binti Rofiee
K6-476 Fatimah Wati binti Mohd Jaafar
K6-477 Wan Noraini binti Wan Ibrahim
K6-478 Nor Muhaimin Naim binti Ibrahim
K6-479 Noor Hanim binti Ibrahim
K6-480 Nur Aaqidah binti Hamidi
K6-481 Nor 'Aliyah binti Abdul Aziz
K6-482 Ummi Kalsum binti Ramlee
K6-483 Nurul Ashfa binti Abdul Mokti
K6-484 Fatin Nurzawani binti Mohamad Yusoff
K6-485 Siti Aisyah binti hamzah
K6-486 Nur Asilah binti Zam
K6-487 Nur Fadhilah binti Muhamd Apardi
K6-488 Norashikin binti Arsad
K6-489 Suriani binti Ahmad Sarbani
K6-490 Nor Hasyimah binti Hassan
K6-491 Nor Haslinda binti Abd Mutalib
K6-492 Khadijah binti Masran
K6-493 Siti Hafsah binti Musa
K6-494 Nurazilawati binti Zakaria
K6-495 Nik Nurul Nasuha binti Nik Asbullah
K6-496 Tasiah binti Mokhtar
K6-497 Fatin Jamilah binti Abd Rahim
K6-498 Nik Norazma binti Nik Abdullah
K6-499 Fatimah binti Syafie
K6-500 Nadia binti Shafie
K6-501 Noradini binti Zakaria
K6-502 Siti Hajar binti Mesrah
K6-503 NorNattrah binti Kulup
K6-504 Juhaida binti Md Rasad
K6-505 Siti Norarzila binti Mohd Kaman
K6-506 Siti Mastura binti Muhammad
K6-507 Khadijah binti Isa
K6-508 Norashikin binti Ishak
K6-509 Umi Zulaika binti Abd Rashid
K6-510 Imtisal binti Mazani
K6-511 Ummu Hani binti Romli
K6-512 Nurul Khana binti Mohd Sharif
K6-513 Wan Hasanatul-Laila binti Wan Abdullah
K6-514 Halimatussa'diah binti Mohamad Pudzi
K6-515 Nur Hudah binti Mhd. Yusop
K6-516 Adlia Arbi binti Mat Noor
K6-517 Faizah binti Mohd Razi
K6-518 Rozana binti Masnan
K6-519 Norhayaerma binti Md Ahayar
K6-520 Siti Nor Hamiza binti Sarman
K6-521 Tasnim binti Mohd Salleh
K6-522 Nurhanisah binti Mohd Nor
K6-523 Siti Halimah binti Latiff
K6-524 Nur Azizah binti Mohamed Amin
K6-525 Sri Nurayu binti Mat Aris
K6-526 Khairunnisaa binti Abdul Rahim
K6-527 Hadijah binti Kamaruddin
K6-528 Siti Hasanah binti Mohd Rafi
K6-529 Siti Rubitah binti Mahmur
K6-530 Fazidah binti Manap
K6-531 Nurul Huda binti Sulaiman
K6-532 Tan Nurul Hafidzah binti Abdul Hadi
K6-533 Nurain binti Abu Samah
K6-534 Nur Farhanah binti Abu Hassan
K6-535 Fatimahwati binti Mohamed Murset
K6-536 Nabillah binti Mohd Hashim
K6-537 Ainul Mardhiah binti Osman
K6-538 Nur Huraidah binti Jumat
K6-539 Halimatus Sa'adiah binti Rohani
K6-540 Nur 'Adilah binti Watib
K6-541 Siti Norshah binti Haji Abdul Hamid
K6-542 Dk Hajah Noraini binti Pg Hj Hairin
K6-632 Mariana binti Din
K6-633 Halimatun Saadiah binti Md. Gerto
K6-634 Umi Kalsum binti Mohamed Uyob
K6-635 Shabalkis binti Nordin
K6-636 Siti Rabeah binti Hassan
K6-656 Nur Nafifah binti Badarudin
K6-657 Nur Raedah binti Haji Awang
K6-658 Rosfaezah binti Haji Osman
K6-659 Raffidah binti Haji Jaludin
K6-660 Noorhanizah binti Taha
K6-661 Noor Syahiirah binti Begawan Pehin Khatib Haji Metassan

*** Sebarang permasalahan sila maklumkan kepada Ketua Unit Pendaftaran - Shohib Arrumi bin Said ( +2011-2620919 @ shohib_arrumi87@yahoo.com.my ) atau Timbalan Unit Pendaftaran - Marsitah Radiah binti Abdul Rahman ( +2011-6845174 @ cintamadinah_1401@yahoo.com.my )

13 October 2009

PMRAM Optimis Menjayakan Pembacaan Kutub Sittah


Kaherah, 13 Oktober - PMRAM sekali lagi mengadakan pertemuan bersama Ketua Pengarah ACC , yang merupakan tindakan lanjutan daripada usaha pihak JPMK untuk menggagalkan program Majlis Pembacaan Kutub Sittah.

Pemangku Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime bersama Pengarah Program, Saudara Mohd Adlan Mokhtaruddin telah berkunjung ke dewan tersebut meminta penjelasan dari pihak pengurusan ACC. Ini merupakan kunjungan kali ketiga pihak PMRAM ke dewan ACC setelah mendapat makluman usaha membatalkan program ini oleh pihak JPMK. Usaha ini akan diteruskan oleh PMRAM sehingga terlaksananya Majlis Pembacaan Kutub Sittah ini dengan jayanya.

Di samping itu, pihak PMRAM sentiasa menghubungi pihak JPMK untuk meminta penjelasan dan mengatur pertemuan. Namun begitu maklum balas yang diterima sangat mendukacitakan.

Pihak PMRAM selaku penganjur sekali lagi memohon jasa baik semua pihak untuk terus berdoa supaya usaha untuk menggagalkan majlis ini tidak berjaya.

Sumber : Web Rasmi PMRAM

12 October 2009

Makluman Terkini




Makluman rasmi Kutub Sittah

Bismillahirrahmanirrahim,


Assalamualaikum wbt.


Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, Selawat dan salam buat junjungan Nabi saw dan ahli keluarga Baginda yang tercinta, serta seluruh Sahabat Ridhwanullah 'alaihim Ajma`in.


Dukacita dimaklumkan kepada semua ahli yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai Majlis Pembacaan Kutub Sittah (siri pertama) yang akan bermula pada 17 -20 Okt 2009 ini telah cuba digagalkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).


Namun begitu PMRAM selaku penganjur program akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan program ini akan dapat dilangsungkan seperti yang dirancang.


Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan program tersebut, sila dapatkan maklumat terkini di laman web rasmi PMRAM www.pmram.org ataupun di portal rasmi kutub sittah www.kutubsittah-pmram.blogspot.com . Segala penjelasan dan maklumat terkini berkaitan permasalahan tersebut akan dijelaskan pada hari Khamis ini bersamaan 15 Oktober 2009.


PMRAM memohon segala kerjasama daripada seluruh ahli PMRAM agar bersama-sama berdoa dan bersolat hajat supaya majlis tersebut berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.


Sekian,

Mohd Adlan Mokhtaruddin

Pengarah Majlis Pembacaan Kutub Sittah PMRAM 2009.

ILMU SANAD DALAM PERIWAYATAN HADITH NABI S.A.W.

Ilmu hadith merupakan salah satu cabang ilmu yang paling penting untuk dipelajari kerana melaluinya kita dapat memahami apa yang disampaikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kesemua ini merangkumi panduan syariat, akhlak, nasihat, dan petunjuk dalam kehidupan selepas bimbingan Al-Quran. Namun, ia perlulah diwariskan dari generasi ke generasi seterusnya dengan syarat yang sempurna agar bebas dari pemalsuan dan penyelewengan sabda Nabi S.A.W.


Itulah ilmu sanad (susur galur perawi hadith) yang cukup dititikberatkan oleh para ulama’ terdahulu hingga kini. Ibnu Mubarak pernah menyebutkan (Sanad itu sebahagian dari agama, jika ia tiada sesiapapun akan berkata apa yang dia kehendaki), begitu juga dengan Sufyan At-Tsauri (Sanad itu senjata orang mukmin, jika dia tiada senjata maka dengan apakah dia pergi berperang?!!), serta banyak lagi ungkapan para ulama’ dalam memelihara ilmu hadith yang perlu disampaikan dengan cara yang betul. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya sanad dalam meriwayatkan sebuah hadith.


Perbandingan yang sungguh ketara apabila melihat kepada penuntut ilmu di zaman dahulu yang begitu teliti dalam meriwayatkan sesuatu hadith, mereka bukan sahaja menghafal matan hadith dan kesemua sanadnya malah setiap perawi yang terlibat dalam meriwayatkan hadith itu diketahui akan sejarah hidup mereka agar mudah untuk menentukan kuat atau lemahnya satu-satu hadith. Lautan ilmu inilah kemudiannya dibukukan lalu diwariskan ke generasi akan datang mudah-mudahan mampu dijadikan sebagai rujukan dalam terus menghidupkan pembelajaran hadis beserta sanad ini.

Inilah kelebihan umat Nabi Muhammad S.A.W., yang berbeza dengan umat manusia lain yang turut mempunyai sanad terus sampai kepada nabi mereka. Contohnya kaum Yahudi dan Nasrani pada sanad mereka telah dicemari oleh tangan-tangan yang berdusta kepada Allah dan rasulnya, sehinggakan ke tahap menghalalkan perkara yang haram dan sebaliknya. Golongan inilah yang telah dijanjikan Allah S.W.T. dengan balasan azab api neraka yang tiada bandingnya.


Secara ringkasnya, beberapa syarat telah diletakkan oleh ulama’ hadith dalam menentukan kekuatan satu-satu hadith. Semakin sempurna syarat ini dipenuhi semakin kuatlah martabat hadith tersebut dan sebaliknya. Syarat-syarat itu ialah :

1. Bersambung sanad – setiap perawi yang meriwayatkan sesuatu hadith mengambilnya secara langsung daripada perawi sebelumnya(syeikh perawi tersebut) hingga sampai kepada Rasulullah S.A.W.

2. Adil – setiap perawi mestilah seorang Islam, baligh, berakal, bukan dari kalangan orang fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah.

3. Teliti – setiap perawi mempunyai ketelitian samada pada hasil catatan atau hafalan.

4. Hadith yang diriwayat tidak bertentangan dengan hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih adil daripadanya.

5. Tidak ada kecatatan walau sedikit dan sukar untuk dikesan dalam hadith yang boleh meragukan kesahihan hadith tersebut.


Maka, syarat-syarat inilah menjadi penentu kepada martabat sesuatu hadis samada tergolong dalam hadith sohih, hasan atau dhoif. Melalui cara ini setiap perkara dalam agama itu akan ditapis dan dinilai akan kesesuaiannya menjadi amalan umat Islam.


Pun begitu, masih terdapat di kalangan manusia mereka yang menjadikan ilmu hadith ini sebagai medan mendapatkan kepentingan duniawi salah satunya dengan mempermain-mainkan matan dan sanad sesuatu hadith. Mereka-reka hadith yang tidak bersumberkan dari Nabi S.A.W., mengubah sanad satu hadith dengan sanad hadith yang lain yang lebih kuat agar hadith itu tinggi martabatnya dan diambil sebagai hukum, mengatakan pernah meriwayatkan hadith dari seseorang padahal sebaliknya dan macam-macam lagi usaha yang dilakukan bagi mencapai segala kepentingan fana’ ini. Nabi S.A.W. pernah bersabda (Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka dia telah menyediakan tempatnya di dalam neraka).


Oleh itu, para penuntut ilmu hadith dinasihati agar sentiasa berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu hadith samada dari sudut matan, sanad atau huraian kepada hadith tersebut supaya maksud yang ingin disampaikan Nabi S.A.W. tidak terpesong dari apa yang sebenarnya. Ingatlah bahawa ilmu Allah ini akan terus dipelihara oleh golongan yang terpilih olehNya dalam memastikan ia menjadi panduan agung selepas Al-Quran pada urusan agama umat ini. Akhir kata, renungilah kata-kata Muhammad bin Sirin rahimahullah (Umat manusia pada zaman dahulu tidak pernah bertanyakan tentang sanad, tetapi ketika berlakunya fitnah mereka berkata – apabila meriwayatkan satu-satu hadith – “Sebutkan kepada kami perawi yang kamu ambil hadith darinya”. Maka, dilihat pula kalaulah perawi itu tergolong dalam Ahli Sunnah, hadithnya diterima dan jika dia dilihat dalam kelompok Ahli Bid’ah, hadithnya tidak akan diambil).


Semoga kita semua termasuk dalam mereka yang sentiasa teguh mempertahankan warisan Nabi Muhammad S.A.W. ini.

11 October 2009

Senarai Nama Peserta Kutub Sittah ( Ikhwah )

Senarai Nama Peserta Pembacaan Kutub Sittah ( Pakej Biasa - Ikhwah )

K6-1 Ariff Idzuan bin Nordin
K6-2 Muhammad asri bin Tajudin
K6-3 Hisham bin Alias bin Mat Daham
K6-4 Burhanuddin Harahah bin Sukri
K6-5 Mohd Azamuddin bin Yahya
K6-6 Muhamad zaki bin Saari
K6-7 Mohammad Taha bin Haji Hassan
K6-8 Ahmad Samiuddin Taqiy bin Mat Resad
K6-9 Mohd Nazril bin Saad
K6-10 Mohamad Yusri bin Hussin
K6-11 Muhammad Ridhwan bin Ab. Rahman
K6-12 Ahmad 'Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki
K6-13 Muhammad Mukhlis bin Sabri
K6-14 Muhd Thoriq Asshiddiq bin Che Ahmad
K6-15 Nor Fahmee Kasyaf bin Hasan Husaini
K6-16 Mohd Rafaie bin Abu Bakar
K6-17 Huzaifah bin Mohd Anas
K6-18 Ridzauddin bin Abd Halim
K6-19 Nurul Amin bin Ismail
K6-20 Abdul Hadi bin Senapi
K6-21 Muhammad Amrie bin Ramli
K6-22 Mohd Rasul bin Abd Karim
K6-23 MD Shahrul bin Nik Abdullah
K6-24 Md Saifullah bin Nik Abdullah
K6-25 Mohd Nazmi bin Osman
K6-26 Zul Fakaar bin Mat Ghani
K6-27 Mohd Jamil bin Rajab
K6-28 Hanif bin Esa
K6-29 Noraidin bin Nordin
K6-30 Yusof Assidiqqi bin Ahmad Sharkawi
K6-31 Mohd Nazri bin Ismail
K6-32 Muhammad Shamil bin Mohd Yunus
K6-33 Mohd Bahauddin bin Alias
K6-34 Abdul Hafiz bin Mat Tuah
K6-35 Ahmad Helmi bin Samlan
K6-36 Muhammad Alifuddin bin Ramlee
K6-37 Mohd Yusairi bin Mohd Paid
K6-38 Solehuddin Amir Hamzah bin Mohamad Sholeh
K6-39 Shaiful Azlam bin Abd Aziz
K6-40 Khairul Alimi bin Kamarul Hailan
K6-41 Faizal Adamy bin Mohamad
K6-42 Ikram bin Md Sidek
K6-43 Syed Mohd Haizul bin Syed Hashim
K6-44 Mohd Sufiyan bin Shoib
K6-45 Aminuddin bin Alias
K6-46 Luqman bin Zakaria
K6-47 Muhammad Faizal Abdullah
K6-48 Mus'ab binn Abd Rahman
K6-49 Hamdi Salim bin Phahrolrazi
K6-50 Muhammad Farid bin Abdul Rahman
K6-51 Md hanaffee bin Mamat
K6-52 Mohd Shahriman bin Ibrahim
K6-53 Muhammad Fadzli bin Fauzi
K6-54 Ismail bin Mat Nor
K6-55 Bashir bin Abdul Rahman
K6-56 Mohamed Muaz bin Lukman
K6-57 Ahmat Amiruddin bin Ishak
K6-58 Omar Mukhtar bin Md Yunus
K6-59 Mohd Hafiz bin Zainal Abidin
K6-60 Mohd Taufiq bin Mohd Miswan
K6-61 Faizal bin Ab Rahim
K6-62 Esa bin Muhamed
K6-63 Tariq Jaffri bin Mohd Akbar
K6-64 Mohd Zarizi Fauzan bin Alias
K6-65 Mohd Khairuddin bin Norizan
K6-66 Danial Farhan bin Dolmat
K6-67 Mohamad Fikri bin Nordin
K6-68 Mohd Uwais Al-Qarni bin Huzaizi
K6-69 Mohd Ezzadin bin Zainaludin
K6-70 Mohd Abdul Aziz bin Idris
K6-71 Ahmad Rosani bin Abdullah
K6-72 Mohamad Fadhli bin Abdul Latif
K6-73 Ahmad Salahuddin bin Harun
K6-74 Mohd Haris bin Che Anuar
K6-75 Nek Mohd Farid bin Zaman Huri
K6-76 Mohd Shahfazreen bin Shahruddin
K6-77 Tamim Dari bin Shaharuddin
K6-78 Muhammad Hamdan bin Suhaimi
K6-79 Mohd Fikri bin Mohd Ali
K6-81 Abdul Rahman bin Mohammad
K6-82 Harman bin Hassan
K6-83 Mohd Daud bin Ashaari
K6-84 Ahmad Fuad bin Mohd Lizan
K6-85 Zulhilmi bin Suboh
K6-86 Muhamad Firdaus bin Abd Hamid
K6-87 Abdullah Haris bin Zakaria
K6-88 Muhammad Abu Jihad bin Md Sabri
K6-89 Abdul Manan bin Jusoh
K6-90 Mohd Zahani bin Abdul Ghani
K6-91 Noorahmad Hakim bin Ngah @ Mohd Noor
K6-92 Ahmad Ulwan bin Hassim
K6-93 Mohd Nafizul bin Ismail
K6-94 Muhammad Al-Amin bin Salleh
K6-95 Ahmad Kamal Hafizullah bin Sidek
K6-96 Mohd Azarul Aiman bin Mohd Rosli
K6-97 Ahmad Muzani bin Abd Rahman
K6-98 Muhammad Syukri bin Muhamad Najar
K6-99 Mohd Farezuan bin Mat Azahar
K6-100 Muhamad Abduh Hassan bin Shukri
K6-101 Azmi bin Ahmad
K6-102 Mohd Ridhwan bin Othman
K6-103 Muhammad Akmal bin Zainal Abidin
K6-104 Muhamad Wizan bin Akbar Ali
K6-105 Muhammad Irsyad bin Zainal Abidin
K6-106 Syarul Al-Hafiz bin Abd Hamid
K6-107 Khairul Fadhli bin Husin
K6-108 Abdul Malik bin Mohd Tamrinan
K6-109 Mohd Nabhan bin Md Noor
K6-110 Muhammad Qistas bin Saja bin Mearaj
K6-111 Ahmad Daniel bin Mohamad Hassan
K6-112 Muhammad Amin bin Sailan @ Sazali
K6-113 Kamal Arif bin Mohd Bakri
K6-114 Faizul Hadi bin Montalib
K6-115 Nuruddin Zanki bin Hamzah
K6-116 Abdul Qahhar Muzakkir bin Zakaria
K6-117 Mohd Ikram bin Mohd Nawi
K6-118 Muhammad Anas bin Mohd Sari
K6-119 Abdul Mun'im bin Mohd Mansor
K6-120 Roslizan bin Mohd Yusof
K6-121 Zaharul Iquwan bin Ma'in
K6-122 Muhd Faizul Azmir bin Ramli
K6-123 Abd Rahman bin Yusoff
K6-124 Mohd Asymawi bin A. Halil
K6-125 Mohamad Hanif bin Haron
K6-126 Mohd Ilya Farhan bin Che Mohamad Ilias
K6-127 Md Fahami Shukri bin Dzul karnain
K6-128 Mohd Fauzi bin Hamim
K6-129 Muhammad Noramin bin Nordin
K6-130 Basir bin Mohamed
K6-132 Mohd Nur bin Ahmad
K6-133 Ishaq Hanis bin Ismail
K6-134 Mohd Kamaruzaman bin Abu Naim
K6-135 Ahmad Zaidan bin Md Khudzari
K6-136 Mohd Khairul Hafiz bin Husin
K6-137 Muhammad Aiman bin Ahmad
K6-138 Mohd Akmal bin Abdul Rahim
K6-139 Azri bin Isa
K6-140 Muhammad Idwan bin Khanan
K6-141 Ahmad Tijani bin Mohamed Anuar
K6-142 Azhar bin Rosli
K6-143 Mohd Arifin bin Ibrahim
K6-144 Mohd Fikri bin Hamzah
K6-145 Hanafi bin Zulkapli
K6-146 Muhammad Zahran bin Mohd Shariff
K6-147 Mohd Jamil bin Ismail
K6-148 Mohamad Solahuddin Al Ansori bin Ismail
K6-149 Suhaidi bin Kuanting
K6-150 Raja Mahadi bin Raja Ahmad
K6-151 Mohammad Naqib bin Hamdan
K6-152 Amiruddin bin Mohd Rosdi
K6-153 Mohd Noorfendi bin Abdul Jabar
K6-154 Mohd Yazid bin Saat
K6-155 Mohd Shafik bin Mohd Saip
K6-156 Abdullah Amir bin Mohd Zabudin
K6-157 Muhammad Asri bin Arof
K6-158 Wan Shamsul Hilmi bin wan Mohd Kamil
K6-159 Mohd Kamal bin Mohd Shah
K6-160 Muhammad Hafiz bin Jusoh
K6-161 Muhammad Syafiee bin Mohamed Hassan
K6-162 Md Ashraf bin Md Fandi
K6-163 Syed Yusuf bin Syed Edross
K6-164 Mohd Firdaus bin Jaafar
K6-165 Al-Azmie bin Rosdiyanto
K6-166 Muhd Khairuddin bin Ahmad Bukhari
K6-167 Syahibul Hidayat bin Saadon
K6-168 Abu Hasan Syazali bin Abd Manaf
K6-169 Mohamad Kamel bin Abdul Rahman
K6-170 Mohd Azman bin Zakaria
K6-171 Ahmad Shahir bin Sulaiman
K6-172 Norhalis Syafiq bin Ahmad
K6-173 Muhammad Firdaus bin Shaharudin
K6-174 Mohd Shakirin bin Hamichan
K6-175 Nazri bin Namlur
K6-176 Mohd Nor Hafiz bin Abu Hassan
K6-177 Wan Muhammad bin Wan Zakaria
K6-178 Syed Nasiruddin bin Syed Othman
K6-179 Mohd Ilyas bin Yusop
K6-180 Mohd Shafiq bin Sahimi
K6-181 Mohd Khairum bin Zakaria
K6-182 Ibrahim Khawwash bin Shukri @ Che Nor
K6-183 Nur Azreen bin Jamil
K6-184 Wan Hadiyuddin bin Wan Mahmood
K6-185 Khairul Anwar bin Isnin
K6-186 Nik Ahmad Shahir bin Nik Salleh
K6-187 Mohd Hamdi bin Abdul Halim
K6-188 Muhammad Hanif bin Dahari @ Zahari
K6-189 Mohammad Azizi bin Abd Rahman
K6-190 Ahmad Mu'azzam bin Moktar
K6-191 Wan Muhamed Anwas bin Wan Abdullah
K6-192 Che Mohd Baharin bin Ab Rahman
K6-193 Muhamad Badruldin bin Ismail
K6-194 Mohd Kamel bin Muhamad
K6-195 Azani bin Awang @ Fauzi
K6-196 Nik Muhammad Abdul Hayyi bin Nik Idris
K6-197 Mohd Shukri bin Latif
K6-198 Amri bin Ab Wahab
K6-199 Muhammad bin Abdullah Fahmin
K6-200 Muhammad Firdaus bin Mahamad Noor
K6-201 Muhammad Hariz bin Abdul Majid
K6-202 Muhd Fikhri bin Abd Rahman
K6-203 Muhd Fakhruddin Amin bin Mohd Ramli
K6-204 Mohd Fahzam bin Mohd Ghazi
K6-205 Ahmad Zamzami bin Che Daud
K6-206 Zul Izzi bin Ismail
K6-207 Mohd Khairul Amin bin Azhan
K6-208 Mohammad Firdaus bin Mohammed Muzi
K6-209 Ahmad Rasikh bin Wahab
K6-210 Mohd Suhaizie bin Ismail
K6-211 Muhamad Bilal bin Ahmad
K6-212 Kaharmuzakar bin Darusamin
K6-213 Aliuddin bin Abdul Halim @ Bakar
K6-214 Habib Mustakim bin Ibrahim
K6-215 Mohamad Khaidir bin Mohd Jaafar
K6-216 Fahizie bin Che Lah
K6-217 Ahmad Fairuz bin Muhamad
K6-218 Muhammad Zul-Faisal bin Omar
K6-219 Ahmad Muzakkir Ahlami bin Abd Aziz
K6-220 Salman bin Abdul Jalil
K6-221 Muhamad Asri bin Mansor
K6-222 Mohd Mustafa bin Mohamad Nor
K6-223 Mohd Syafiq bin Ibrahim
K6-224 Muhammad Musaddiq bin Abdull Rahim
K6-225 Mohd Ridzuan bin Nazri
K6-226 Mohd Khairul Anam bin Mohd Aminuddin
K6-227 Mohd Fairus bin Soied @ Shuaib
K6-228 Adnan bin Wazir
K6-229 Mohd Fawwaz Iqbal bin Shahrel
K6-230 Mohd Ikhwan Faruq bin Shahrel
K6-231 Muhammad Bukhari bin Ismail @ Yunus
K6-232 Zul 'Atfi bin Ashari
K6-233 Wan Saifullah bin Wan Abdul Ghani
K6-234 Mohd Khairudien bin Muhammad Daud
K6-235 Mohd Bahruddin bin Husin
K6-236 Alif bin Mohd Yusoff
K6-237 Mohd Fadhlan bin Mohd Fadzil
K6-238 Wan Syahrul Munir bin Wan Husain
K6-239 Syaqiq bin Ibrahim
K6-240 Mohd Azizi bin Mohd Yasim
K6-241 Wan Anas bin Wan Hassan
K6-242 Ahmad Zikri bin Mohamed Ashari
K6-243 Ridhwan bin Abdullah
K6-244 Nor Salam bin Abu Bakar
K6-245 Muhammad Tarmidzi bin Muzaini
K6-246 Muhammad Rifdi bin Rashidin
K6-247 Mohd Noor Faris bin Nordin
K6-248 Mohd Azahar bin Azmi
K6-249 Ahmad Badrul Hisyam Shah bin Rafiee
K6-250 Mohamad Tarmizi bin Mohamed Daud
K6-251 Mohd Azamuddin bin Abd Aziz
K6-252 Mohd Tarmizi bin Mohd Halim
K6-253 Mohammad Nassrul bin Abd Shomad
K6-254 Ahmad Tarmizi bin Mohd Arifin
K6-255 Masmawardi bin Che Musa
K6-256 Wan Saifuddin bin Wan Abdul Ghani
K6-257 Roslan bin Mat Ariffin
K6-258 Ahmad Munir bin Hashim
K6-259 Mohd Farid bin Yahya
K6-260 Mohammad Hakimi Bin Abdul Mutalib
K6-261 Hairul Nizam bin Mat Husain
K6-262 Muhammad Arif bin Yusoff
K6-263 Mohd Zahid bin Abu Bakar
K6-264 Muhamad Aswan bin Abd Aziz
K6-265 Hamizan bin Abdul Karim
K6-266 Suhaili bin Mohd Said
K6-267 Mohamad Nasrullah Refa'ie bin Mohamad Refa'ie
K6-269 Muhamad Hafizuddiin bin Ghani
K6-270 Wan Mohd Zulkifli bin Wan Daud
K6-271 Kamal bin Mamat
K6-272 Nur Abdul Aziz bin Sa'ari
K6-273 Mohd Nizam bin Mohd Noor Sham
K6-274 Muttaqin bin Mohd Fakiri
K6-275 Muayyid Sani bin Abd Rahim
K6-308 Muhammad Faizul Akmal bin Zainuddin
K6-352 Abu Dzar bin Ahmad
K6-353 Muhammad Sabri bin Mastor
K6-354 Arif Hafizudin bin Idris
K6-355 Muhammad Zahir bin Md Yunus
K6-356 Mohamad Hannan bin Jalil
K6-357 Meor Muhammad Syazwan bin Meor Harudin
K6-358 Mohd Herwan bin Azal
K6-359 Mohd Naufal bin Abdull Ghaffar
K6-360 Ahmad bin Jaafar
K6-361 Abd Mun'im bin Abd Sukor
K6-362 Muhammad Hazwan bin Omar
K6-363 Mohd Hafizuddin bin Hasan
K6-364 Mohd Fakhrurrazi bin Yahaya
K6-365 Muhammad Hafizzudin bin Sa'adon
K6-366 Zulfadli bin Zakariah
K6-367 Mohd Farihan bin Mohd Zaki
K6-368 Aminullah bin Bahrin
K6-369 Mohd Saufi bin Basarah
K6-370 Mohd Anuar Fitri bin Jusoh
K6-371 Mohd Arif bin Hj Hasan
K6-372 Anas Zharif bin Harun
K6-373 Muhammad Akramin bin Mohd Ishak
K6-374 Mohd Shobri bin Mat Yaakub
K6-375 Nasruddin bin Mohd Yusof
K6-376 Mohd Taufiq bin Sallehuddin
K6-377 Solihuddin bin Mohamad Jahar
K6-378 Muhammad Anas bin Kamaruldin
K6-379 Muhammad Zuhaili bin Zanal Ali
K6-380 Azwan bin Azman
K6-381 Mohd Murshid bin Shafiee
K6-382 Muhammad Huzaifah bin Jamaluddin
K6-383 Mohd Faizzudin bin Ghazali
K6-423 Muhammad Nuzul Hakim bin Dzulkifli

*** Sebarang permasalahan sila maklumkan kepada Ketua Unit Pendaftaran - Shohib Arrumi bin Said ( +2011-2620919 @ shohib_arrumi87@yahoo.com.my )

02 October 2009

.:: Pengenalan ::.

Salam mahabbah buat pengunjung sekalian, moga kalian dirahmati Allah.


Sepertimana yang dimaklumkan, buat julung-julung kalinya pada tahun ini PMRAM akan menganjurkan satu program yang dinamakan sebagai `Majlis Pembacaan Kutub Sittah`. Sebagai sebuah persatuan kebajikan buat anak-anak Melayu dibumi Mesir ini, PMRAM sedaya upaya memberi khidmat dan kebajikan termasuklah kebajikan dari sudut ilmu dan thaqafah.


Majlis Pembacaan Kutub Sittah merupakan program tahunan PMRAM yang akan mengambil masa selama enam tahun untuk membaca keenam-enam kitab tersebut. Ianya akan dimulakan pada tahun ini dengan pembacaan hadith-hadith dari Sahih Bukhari, diikuti pada tahun mendatang dengan Sahih Muslim dan seterusnya. Sesuai dengan namanya `Majlis Pembacaan` ianya bukanlah suatu program untuk mendalami dan mengaji akan keenam-enam kitab hadith tersebut, akan tetapi ianya sebagai suatu pengenalan kepada semua melalui pembacaan hadith-hadith secara terus melalui para Ulama`.



Sebagai permulaan, PMRAM mengambil inisiatif untuk mengambil tenaga pengajar terus dari Al Azhar memandangkan kita sangat-sangat optimis dengan manhaj ilmu dan pengajian dari Ulama` Al Azhar Al Ajilla`. Seterusnya pada masa-masa yang akan datang, PMRAM berhasrat untuk mengambil mutiara-mutiara dari ulama` dari Negara berdekatan seperti, Syria, Jordan dan Yaman. Mudah-mudahan amal ini diganjarkan pahala dan dimudahkan oleh Allah ta`ala.