Temu bual bersama Syeikh Saad

Temubual Syeikh Al-Azhar

Kalam Presiden PMRAM 2011

Kalam Pengarah Program

PESERTA KUTUB SITTAH SIRI KE-3

17 October 2009

Majlis Pembacaan Kutub Sittah Berlangsung Baik

Mesir, 17 Oktober - Alhamdulillah, Majlis Pembacaan Kutub Sittah anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Berkat usaha gigih serta doa daripada semua pihak, Allah mengizinkan majlis pembacaan hadis Rasulullah s.a.w daripada kitab Sahih Bukhari dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan dan masalah yang tidak diingini.

Sesi pendaftaran para peserta bermula seawal jam 8.00 pagi dan majlis perasmian disempurnakan oleh al-Allamah Syeikh Dr. Usamah al-Azhari. Para peserta terpegun dan bersemangat dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Syeikh Dr. Usamah. Turut bersama dalam majlis perasmian adalah al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq.



Majlis pembacaan hadis Rasulullah s.a.w daripada kitab Sahih Bukhari dimulakan pada jam 1.15 petang secara bergilir-gilir oleh al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq, al-Allamnah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani dan al-Allamah Syeikh Dr. Usamah al-Azhari. Sekitar jam 2.45 petang, majlis berhenti rehat seketika dan sesi pembacaan Sahih Bukhari kembali diteruskan pada jam 3.45 petang oleh al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq sehingga waktu maghrib.

Majlis pembacaan diteruskan seusai solat maghrib oleh al-Allamah Syeikh Dr. Rifa'at Fauzi Abdul Mutalib ditemani al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani. Sepanjang majlis berlangsung, para masyaikh telah membaca Sahih Bukhari bermula daripada hadis yang pertama pada Kitab Bad el Wahyi sehingga hadis yang ke 186 pada Kitab al Wudu'. Majlis berakhir sekitar jam 8.30 malam.

Semoga usaha murni Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang menganjurkan Majlis Pembacaan Kutub Sittah bersama para masyaikh Al Azhar dilimpahi keberkatan, rahmat dan mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t serta dapat diteruskan sehingga keakhirnya.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Recent Posts