Temu bual bersama Syeikh Saad

Temubual Syeikh Al-Azhar

Kalam Presiden PMRAM 2011

Kalam Pengarah Program

PESERTA KUTUB SITTAH SIRI KE-3

16 October 2009

Isu Kutub Sittah : Kenyataan Rasmi Pemangku Presiden

Sumber : Web PMRAM
Isu Majlis Pembacaan Kutub Sittah telah menjadi kontrovesi yang mencetuskan pelbagai tanggapan. Namun pihak PMRAM meminta semua ahli bertenang dan mengikuti arahan pimpinan PMRAM dari semasa ke semasa.

PMRAM dengan ini melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas tindakan pengarah JPMK menghantar surat bagi membatalkan penggunaan dewan Azhar Conference Centre (ACC). Bagi PMRAM, tindakan ini merupakan tindakan yang tidak professional, menghalang perkembangan majlis ilmu bahkan bersifat menghina para alim ulamak yang dijemput hadir. Tuduhan dalam surat yang menyatakan PMRAM menganjurkan konvokesyen dan cenderung kepada pembangkang merupakan tuduhan yang berat tanpa sebarang asas yang kukuh. Tuduhan tersebut merupakan provokasi keterlaluan yang boleh menimbulkan salah faham antara PMRAM dan Al-Azhar.

PMRAM mengambil pendekatan diplomasi dalam menghadapi isu ini dan cuba mengelakkan tindakan provokasi. Oleh itu PMRAM dan beberapa orang wakil YDP BKAN telah berjumpa dengan pengarah JPMK pada 14 Oktober lalu jan 9.15 pagi dan menyatakan bantahan secara rasmi. Setelah berkali-kali didesak, Pengarah JPMK menyatakan tindakan menghantar surat tersebut merupakan arahan daripada pihak atasan.

Beberapa persetujuan telah dicapai bersama, namun PMRAM masih lagi menunggu tindakan lanjutan daripada pihak JPMK. Satu dialog terbuka yang turut dihadiri oleh JPMK akan diadakan dalam masa yang terdekat ini dan akan dimaklumkan kemudian. Walaupun tindakan tidak professional ini dilakukan oleh pihak JPMK, PMRAM dengan ini menegaskan hubungan rasmi akan diteruskan demi menjaga kesatuan dan kebajikan mahasiswa dan mahasiswi di Mesir.

PMRAM mengharapkan agar pihak JPMK lebih professional dalam melaksanakan tugasnya dan berbincang dengan PMRAM terlebih dahulu sekiranya timbul sebarang isu demi mengelakkan sebarang kekeliruan. PMRAM berharap agar semua ahli sentiasa berdoa semoga program ini berjalan dengan lancer tanpa sebarang gangguan dan halangan.

Akhirnya saya mewakili PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan dukungan ahli dalam menyelesaikan isu ini. Tanpa sokongan dan dokongan ini, PMRAM tidak akan mampu melangkah lebih jauh.

Sekian.

Shahrizan bin Mohd. Hazime
Pemangku Presiden PMRAM 2009

No comments:

Post a Comment