Temu bual bersama Syeikh Saad

Temubual Syeikh Al-Azhar

Kalam Presiden PMRAM 2011

Kalam Pengarah Program

PESERTA KUTUB SITTAH SIRI KE-3

02 November 2011

Majlis Apresiasi Kecemerlangan (9)

ACC, Jam 16.30p.m -Kejayaan PMRAM di dalam menganjurkan Majlis Apresiasi Kecemerlangan menjadi kenangan memori terindah bagi Graduan dan Mahasiswa cemerlang Al-Azhar.

Majlis yang penuh bersejarah ini diadakan di Dewan Andalus, Al-Azhar Conference Centre ini turut disertai ibu bapa para graduan dan mahasiswa cemerlang.

Majlis yang disambung selepas berhenti rehat kemudiannya diserikan dengan kedatangan Dr Saad Saad Jawish Al-Azhari.

Ketika menyampaikan ucapan, beliau menceritakan pengalaman beliau di Malaysia dan beliau menyatakan peri pentingnya peranan Azhari di dalam lapangan dakwah di Malaysia.

Majlis Apresiasi Kecemerlangan hari ini selesai dengan jayanya pada pukul 4.30 petang. Selaut kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT di atas kejayaan PMRAM mengadakan majlis ini.,

"Semoga dengan keberkatan majlis ini memberi motivasi kepada para Graduan Al-Azhar agar menjadi penggerak dan pejuang agama Islam di Malaysia kelak." Ujar Pengarah Program Apresiasi Kecemerlangan 2011, Saudara Ahmad Daniel B Mohmad Hassan.





Majlis Apresiasi Kecemerlangan (8)

ACC, Jam 14.12 p.m. - Ucapan Taujihat & Nasihat dari Fadhilah Sheikh Saad Gawish.

Majlis Apresiasi Kecemerlangan (7)

ACC, Jam 12.35 a.m. - Ucapan Aluan dari Fadhilah Sheikh Jamal Farouq.

Majlis Apresiasi Kecemerlangan (7)

ACC, Jam 11.45 a.m. - Majlis Penyampaian Anugerah Ijazah Sarjana Muda untuk para graduasi diteruskan oleh Fadhilah Sheikh Aiman Al-Azhari bagi Para Siswi.


Majlis Apresiasi Kecemerlangan (6)

ACC, Jam 11.45 a.m. - Majlis Kemuncak iaitu Majlis Penyampaian Sijil Ijazah Sarjana Muda untuk para graduasi. Ijazah telah disampaikan oleh Sheikh Ahmad Nabawi Al-Azhari.




Majlis Apresiasi Kecemerlangan (5)

ACC, Jam 11.30 a.m - Keadaan tempat jualan dan sedikit suasana ketika bersarapan pagi bersama. Inilah ukhuwwah, walau berlainan negeri mahupun negara tetap boleh bersatu dan bersama.
Promosi Kamus Al-Miftah :



Para Pegawai kerajaan yang turut hadir :



Majlis Apresiasi Kecemerlangan (4)

ACC, Jam 10.58 a.m. - Penyampaian cenderahati kepada Sheikh Al-Azhar, Sheikh Aiman Al-Azhari dan Sheikh Ahmad Nabawi diserahkan oleh Presiden PMRAM, Ust. Zuhaili diiringi oleh Timbalan Presiden PMRAM, Ust. Firdaus Noh.



Sekarang, para peserta sedang menjamu selera selepas Majlis Perasmian yang ceria dan meriah sebentar tadi.

Majlis Apresiasi Kecemerlangan (3)

ACC, 10.40 a.m. - Persembahan yang mantap dari Kumpulan Al-Wadi, bergema dengan penuh semangat Islam. Para peserta gembira bila melihat Dua Sheikh kita apabila mereka gembira mendengarnya.


Majlis Apresiasi Kecemerlangan (2)

ACC, Jam 10.21 a.m. - Sebentar tadi, kami baru mendengar kalam taujihat dari Sheikh Aiman.
Sekarang, Ucapan Perasmian dari Fadhilah Sheikh Ahmad Nabawi.

Nasihat-nasihat yang sangat membina semangat dari Sheikh Aiman dan Sheikh Ahmad Nabawi, moga dapat mengubat pemikiran Al-Azhariyyun masa sekarang.

Perasmi : Sheikh Ahmad Nabawi


Kalam Taujihat : Sheikh Aiman Al-Azhari


Majlis Apresiasi Kecemerlangan (1)

ACC, Kaherah - Jam 09.30 a.m, Majlis dimulakan dengan Al-Fatihah dan seterusnya perarakan Para Pimpinan dan kemasukan Masyaikh Al-Azhar ke dewan.

Majlis diceriakan dengan Alunan Asmaul Husna, Negaraku dan Lagu Tema PMRAM.

Antara Sheikh yang dijemput untuk menyempurnakan majlis pada pagi yang berbahagia ini adalah Fadhilah Sheikh Ahmad Nabawi & Fadhilah Sheikh Aiman yang selalu ceria dengan senyuman.

Majlis dikendalikan oleh dua Pemuda Berwawasan iaitu Ust. Azlan Ilyas dan Ust. Khairul Abdan.



Para peserta yang hadir >>

31 October 2011

Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Ketiga (9)

Nadi Riadhi, Pukul08.55 p.m. - Majlis Penyampaian Cerderahati kenang-kenangan untuk para Masyaikh dan wakil-wakil dari setiap negeri.



Selesai sudah Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri Ke-3 dengan jayanya pada pukul 09.00 p.m. Alhamdulillah, semoga tahun depan kita berjumpa lagi.

Sekian.

Kullu Sanah Wa Antum Toyyibun.

Assalamu-'Alaikum-Wa-Rahmatullahi-Wa-Barakatuh.

Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Ketiga (8)

Nadi Riadhi, Pukul08. - Gambar Terbaru, ucapan dari Fadhilah Sheikh Ali Jum'ah, Mufti Republik Arab Mesir.


Antara Sheikh yang membanggakan Al-Azhar, Sheikh Toha Hubaishi. Walau dalam kondisi tubuh yang agak lemah, tapi ucapannya mampu menggegarkan dewan pada malam ini.

Mendengar dengan penuh perhatian.


Antara Isteri-isteri yang turut hadir menyempurnakan Majlis Penutup untuk Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri ke-3.



Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Ketiga (7)

Nadi Riadhi, Pukul 08.00 p.m. - Gambar terbaru, Ucapan oleh Fadhilah Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani.Barisan Masyaikh yang memeriahkan majlis :



Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Ketiga (6)

Nadi Riadhi,Jam 19.33 p.m. - Gambar tebaru akan diupload dari semasa ke semasa untuk perkembangan yang terbaru dari Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri ke-3. Ramai Masyaikh yang hadiri majlis malam ini. Ucapan Perasmian Penutup akan disampaikan oleh Fadhilah Sheikh Ali Jum'ah, Mufti Republik Arab Mesir.





- Sekarang, kalam taujihat untuk Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri ke-3 oleh Fadhilah Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani.

Kutub Sittah siri ke-3 : Hari Ketiga (5)

Nadi Riadhi, Kaherah - Antara gambar pilihan, Solat Isya' Berjemaah yang diimamkan oleh Fadhilah Sheikh Dr. Jamal Farouq.

Anda boleh melayari www.albaeth.com untuk tontonan Siaran Langsung Majlis Kutub Sittah siri ke-3 ini.



Detik-detik akhir Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri ke-3, nantikan bersama. Anda boleh melayari www.albaeth.com untuk tontonan Siaran Langsung Majlis Kutub Sittah siri ke-3 ini.