Temu bual bersama Syeikh Saad
Temubual Syeikh Al-Azhar
Kalam Presiden PMRAM 2011
Kalam Pengarah Program
PESERTA KUTUB SITTAH SIRI KE-3
17 November 2010
Makluman Tempahan Gambar
Assalamualaikum...
Untuk sebarang tempahan bolehlah berhubung dengan
ketua Unit Photografi dan Dokumentasi
Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri 2
Tempahan dibuka dari 17/11/2010 sehingga 20/11/2010
14 November 2010
Makluman Sijil.
Kepada peserta-peserta Kutub Sittah, peserta tahun akhir yang telah membuat pembetulan sijil masing-masing serta sijil-sijil untuk ad-hoc dan ajk ikhwah dan akhawat, dimaklumkan bahwa sijil antum dan antunna telah pun siap.
Jadi, bagi ikhwah, antum bolehlah mengambil sijil masing-masing di Pejabat PMRAM bermula selepas raya haji. Manakala bagi akhawat, antunna boleh mendapatkan sijil masing-masing di Markaz HEWI.
Untuk sijil Ad-Hoc program, wakil ad-hoc ikhwah dan akhawat boleh mengambil sijil ajk sekali di Pejabat PMRAM dan Markaz HEWI.
Di bawah ini, disertakan nama bagi peserta tahun akhir yang telah membuat pembetulan :
1. Dk. Nur Syazwani binti Pg Baharudin
2. Mahfuz bin Suhaimi.
3. Muhd Abdul Rahman bin Kamarul Zaman.
4. Ahmad Norahman bin Mohd Nor.
5. Mohamad Jamil bin Noroldzaman
Segala permasalahan bolehlah dirujuk kepada Saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi
( +20117402891) dan Saudari Huzaifa binti Hassan ( +20117468665 ).
Sekian...
03 November 2010
Ucapan Penghargaan Pengarah Program
Assalamualaikum w.b.t.
Syukur dan pujian selayaknya dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita dapat lagi mengecapi nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam dinukilkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarga dan para sahabat baginda serta mereka yang memperjuangkan agama Islam sehingga ke hari kiamat.
Pada kesempatan ini, saya selaku pengarah program Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri 2 Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2010 ingin melahirkan rasa syukur kerana sambungan pembacaan hadith daripada kitab Sohih Al-Bukhari pada kali ini dapat diteruskan lagi. Pembacaan yang dimulakan dengan "Kitab Al-'Umrah" ini berjaya menarik kira-kira 1300 orang peserta bagi mendengar untaian hadis yang disampaikan oleh para masyaikh Al-Azhar.
Jutaan terima kasih kepada sahabat Badan Pengurus dan HEWI PMRAM kerana memberikan bantuan dan dorongan dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada barisan pelaksana program yang bertungkus-lumus mengadakan persiapan bagi memastikan ia dapat berjalan dengan lancar.
Selain itu, sekalung penghargaan saya tujukan kepada mereka yang turut memberikan sumbangan berbentuk wang untuk menampung perbelanjaan aktiviti. Antaranya pihak DPMT (link), agensi-agensi, dan individu, semoga Allah S.W.T. memberikan balasan yang setimpal terhadap apa yang telah kalian kerjakan.
Akhir kata, saya berharap agar program ini akan mendatangkan seribu satu manfaat dan kebaikan kepada semua.
Sekian, terima kasih.
Muhammad Yusuf A Kadir,
Pengarah,
Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri 2,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010.
02 November 2010
01 November 2010
Majlis Penutup Majlis Kutub Sittah Siri Ke-2 PMRAM 2010 berakhir dengan jayanya
KAHERAH, 31 Oktober – Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah berjaya dengan gemilangnya menyempurnakan Majlis Penutupan Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri Ke-2.
Majlis yang dimulakan setelah selesai menunaikan Solat Fardhu Asar telah dihadiri oleh beberapa orang masyaikh ynag ternama. Antara yang turut serta di dalam majlis tersebut ialah Fadhilah As-Sheikh Habib ‘Ali Al-Jufri (Ulama’ dari Yaman), Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur ‘Umar Abdullah Kamil (Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Hubungan Lepasam-lepasan Al-Azhar), Fadhilah As-Sheikh Solah Nasshor (Imam Masjid Al-Azhar), Fadhilah As-Sheikh Al’Alim Al-‘Allamah Muhammad Ibrahim Abdul Baith Al-Kattani, Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari, Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Thaha Al-Hibishi Al-Hasani, Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Muhyiddin ‘Afifi, Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Redha Zakaria, Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Sa’ad Sa’ad Jawish Al-Husaini, Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Ahmad Syahatah, Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Jamal Farouk Jibril Mahmud, Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Ahmad Ma’bad Abdul Karim, dan Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Zakaria Hafizohumullahu Ta’ala ‘Anhum.
Majlis penutup ini telah dimulakan pada jam 4.30 petang dengan ucapan aluan oleh Fadhilah As-Sheikh Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari yang dikendalikan oleh Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Jamal Farouk Jibril Mahmud. Setelah selesai ucapan beliau majlis ditangguh buat sementara waktu dengan alunan burdah yang dipersembahkan oleh kumpulan Mahasiswa Al-Azhar Mesir dan member laluan kepada Solat Fardhu Maghrib.
Setelah selesai Solat Fardhu Maghrib, majlis diteruskan semula ucapan-ucapan oleh para masyaikh yang hadir dan dipengerusikan pula oleh Fadhilah As-Sheikh Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari. Ucapan yang pertama dimulakan dengan ucapan oleh Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur ‘Umar Abdullah Kamil. Kemudian dituruti dengan ucapan oleh Fadhilah As-Sheikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba’ith Al-Kittani dan ucapan oleh Fadhilah As-Sheikh Sa’ad Sa’ad Jawish dan diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada Fadhilah As-Sheikh Sa’ad Sa’ad Jawish.
Seterusnya majlis meneruskan dengan ucapan yang ditunggu-tunggu oleh semua hadirin iaitu ucapan nasihat dan taujihat oleh Fadhilah As-Sheikh Habib ‘Ali Al-Jufri. Antara yang disentuh Habib di dalam ucapannya ialah adab-adab sebagai penuntut ilmu, kepentingan bertalaqqi dengan para masyaikh, dan kepentingan beramal dengan sunnah-sunnah Rasulillah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam.
Setelah selesai ucapan dari Fadhilah As-Sheikh Habib ‘Ali, tibalah masa penyerahan sijil penyertaan kepada wakil-wakil Badan Kebajikan Anak Negeri dan Dewan Perwakilan Mahasiswa yang disempurnakan oleh masyaikh yang hadir. Kemudian dietruskan pula dengan penyampaian kepada para masyaikh yang hadir ke majlis tang telah disempurnakan oleh Presiden PMRAM 2010 Fadhilah Al-Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime.
Akhir sekali, telah dijemput Fadhilah As-Sheikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba’ith Al-Kittani untuk menyempurnakan majlis dengan bacaan doa oleh beliau. Majlis telah ditangguh pada jam 9.30 malam.
Majlis Pembacaan Hadis untuk siri ke-2 Ditamatkan
Seawal jam 8.30 pagi telah bermula pembacaan hadis untuk sesi pertama bermula dengan hadis yang ke 2863 sambungan dari kitab jihad wal siyar yang dibacakan oleh Fadhilah As-Sheikh Jamal Farouk Jibril Mahmud sehingga hadis yang ke 2942 iaitu sebanyak 79 hadis. Sesi pertama ini berlangsung selama 1jam 30 minit diselangi alunan burdah oleh para peserta.
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan sesi kedua yang dibacakan oleh Fadhilah As-Sheikh Al-‘Alim Al- ‘Alamah Muhammad Ibrahim Al-Baith Al-Kattani bermula dengan hadis yang ke 2942 sehingga hadis yang ke 3086. Sesi kedua ini berjaya menghabiskan bacaan sebanyak 144 hadis. Majlis kemudiannya berhenti seketika untuk memberi laluan kepada solat zohor dan makan tengahari.
Pada jam 1 petang majlis diteruskan lagi dengan bacaan hadis yang ke 3087 yang dibaca oleh Fadhilah As-Sheikh Al-‘Alim Al- ‘Alamah Muhammad Ibrahim Al-Baith Al-Khattani sehingga hadis yang ke 3189. Pembacaan hadis pada sesi ketiga ini berakhir dengan kitab (Al-jizyah wal muwadaah)dan berjaya menghabiskan bacaan sebanyak 102 hadis. Dimaklumkan pada siri kedua ini hadis yang berjaya dibacakan oleh para masyaikh adalah sebanyak 1417 rangkaian hadis keseluruhannya.
Majlis pembacaan hadis untuk siri kedua ini ditamatkan pada jam 2.45 petang iaitu apabila masuknya waktu Solat Fardhu ‘Asar.