Mafhum hadith : Daripada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda : "Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara, Apabila kamu berpegang dengan keduanya, kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah".
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sentiasa berusaha untuk menjaga kebajikan ahli, bukan dari sudut material semata-mata bahkan juga dalam sudut pengetahuan. Justeru itu, Pada tahun ini,PMRAM akan meneruskan Majlis Pembacaan Kutub Sittah untuk siri ketiga, sambungan bacaan kitab Sohih Bukhori.
2009 : Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri pertama. Dimulakan dengan pembacaan kitab Sohih Bukhari. Peristiwa luka untuk penganjuran siri pertama tetap tidak dilupakan apabila tempat asal untuk perlaksanaan program telah disabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Walau bagaimanapun program tetap diteruskan dan mendapat sambutan yang amat menggalakan. Majlis yang penuh barakah ini dimeriahkan lagi apabila Mufti Republik Arab Mesir Syeikh Doktor Ali Jum'ah yang menjadi perasmi untuk penutup Program yang berlangsung penuh dengan gemilang, dengan sokongan ahli.
2010 : Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri kedua diteruskan bagi meningkatkan pengetahuan dikalangan Mahasiswa dan Mahasiswi. Majlis untuk siri kedua diberi kelainan dengan menggabungkan Majlis meraikan mahasiswa graduan yang dinamakan Hi-Tea. Siri kedua terus mendapat sambutan dengan penyertaan yang memberangsangkan. Majlis menjadi lebih meriah apabila dihadiri oleh Ulama' Besar dari Yaman Syeikh Habib Ali Al-Jofree sebagai perasmi penutup untuk Majlis Pembacaan Kutub Sittah untuk siri kedua.
No comments:
Post a Comment