Temu bual bersama Syeikh Saad

Temubual Syeikh Al-Azhar

Kalam Presiden PMRAM 2011

Kalam Pengarah Program

PESERTA KUTUB SITTAH SIRI KE-3

01 November 2010

Majlis Pembacaan Hadis untuk siri ke-2 Ditamatkan

KAHERAH, 31 Oktober - Majlis pembacaan kutub Sittah siri ke-2 pada hari keempat ini berjaya dilaksanakan seperti yang direncanakan. Kehadiran peserta pada hari ini, mencecah ke angka 1100 orang peserta.

Seawal jam 8.30 pagi telah bermula pembacaan hadis untuk sesi pertama bermula dengan hadis yang ke 2863 sambungan dari kitab jihad wal siyar yang dibacakan oleh Fadhilah As-Sheikh Jamal Farouk Jibril Mahmud sehingga hadis yang ke 2942 iaitu sebanyak 79 hadis. Sesi pertama ini berlangsung selama 1jam 30 minit diselangi alunan burdah oleh para peserta.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan sesi kedua yang dibacakan oleh Fadhilah As-Sheikh Al-‘Alim Al- ‘Alamah Muhammad Ibrahim Al-Baith Al-Kattani bermula dengan hadis yang ke 2942 sehingga hadis yang ke 3086. Sesi kedua ini berjaya menghabiskan bacaan sebanyak 144 hadis. Majlis kemudiannya berhenti seketika untuk memberi laluan kepada solat zohor dan makan tengahari.

Pada jam 1 petang majlis diteruskan lagi dengan bacaan hadis yang ke 3087 yang dibaca oleh Fadhilah As-Sheikh Al-‘Alim Al- ‘Alamah Muhammad Ibrahim Al-Baith Al-Khattani sehingga hadis yang ke 3189. Pembacaan hadis pada sesi ketiga ini berakhir dengan kitab (Al-jizyah wal muwadaah)dan berjaya menghabiskan bacaan sebanyak 102 hadis. Dimaklumkan pada siri kedua ini hadis yang berjaya dibacakan oleh para masyaikh adalah sebanyak 1417 rangkaian hadis keseluruhannya.

Majlis pembacaan hadis untuk siri kedua ini ditamatkan pada jam 2.45 petang iaitu apabila masuknya waktu Solat Fardhu ‘Asar.

30 October 2010

Majlis Pembacaan Kutub Sittah Hari Ketiga berjaya dijalankan

KAHERAH, 30 OKTOBER - Majlis Pembacaan Kutub SIttah Siri ke-2 pada hari ini sekali lagi telah berjaya dijalankan seperti yang dirancangkan. Pada hari ketiga ini, dengan kehadiran peserta sebanyak 950 orang alhamdulillah telah dijalankan sebanyak empat sesi dan berjaya menghabiskan sebanyak 368 hadis yang telah dibacakan oleh 5 orang masyaikh.

Seawal jam 8.15pagi sesi pertama telah dimulakan dengan pembacaan hadis ke 2495 yang dibacakan oleh Fadhilah As-Sheikh Dr. Redha Zakaria sehingga hadis yang ke 2572 iaitu sebanyak 78 hadis.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi yang kedua yang dibacakan oleh Fadhilah As-Sheikh Rifaat Fauzi Abdul Muttalib bermula hadis yang ke 2573. Sesi kedua dilangsungkan sehingga jam 12 tengah hari dan hadis yang berjaya dihabiskan pada sesi kedua adalah sebanyak 64 hadis. Majlis berehat seketika memberi laluan kepada solat fardhu Zuhur dan makan tengah hari.

Pada jam 1 petang majlis diteruskan pula dengan sesi pembacaan yang ketiga yang dibacakan oleh Fadhilah As-Sheikh Jamal Farouk Jibril Mahmud bermula dengan kitab As-Syahadat hadis yang ke 2637. Fadhilah As-Sheikh menghabiskan sebanyak 25 hadis, kemudian disambung pembacaan hadis oleh Fadhilah As-Sheikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari sehingga hadis yang ke 2710 dan berjaya menghabiskan sebanyak 48 hadis. Majlis berhenti seketika untuk memberi laluan kepada waktu Solat Fardhu Asar.

Kemudian, majlis pembacaan hadis diteruskan semula pada jam 3.30 petang yang dibacakan oleh Fadhilah As-Sheikh Al-'Alim Al-'Allamah Muhammad Ibrahim Abdul Baith Al-Kattani bermula pada hadis yang ke 2711 sehingga hadis yang ke 2862 iaitu sebanyak 152 hadis. Setelah selesai sesi keempat bersama dengan Al-'Alim Al-'Allamah majlis ditangguh dengan Solat Fardhu Maghrib dan pembacaan doa.

Majlis pembacaan untuk hari yang keempat insyaALLAH akan dilangsungkan pada hari Ahad bertarikh 31 Oktober 2010 seawal jam 7.00 pagi dengan sesi pendaftaran para peserta dan taklimat dari unit disiplin.

28 October 2010

Kutub Sittah Siri Ke-2, Hari Kedua Sesi Petang

Kaherah, 28 Oktober – Pada jam 1.00 petang majlis pembacaan kutub sittah diteruskan lagi selepas solat zohor dengan pembacaan shahih Bukhari oleh Fadhilah As-Syeih Rafiat Fauzi dengan hadis dari kitab (musaqah) hingga kitab (Istiqrad waada duyun wal hajr wal taflis) yang bermula dari hadis 2351 sehingga hadis 2396. Majlis pembacaan kutub sittah berlansung kira–kira 2 jam ini diselangi dengan alunan burdah oleh para peserta.

Majlis kemudiannya ditangguhkan sebentar untuk memberi laluan solat asar. Seterusnya pembacaan kitab Shahih Bukhari diteruskan lagi oleh fadhilah Syeikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari dengan ditemani oleh Syeikh Jamal Farouk Jibril Mahmud dari hadis 2397 hingga hadis 2494.

Tepat pada jam 5.10 petang majlis pembacaan Shahih Bukhari berakhir. Majlis akan bersambung semula pada hari Sabtu 30 Oktober 2010 pada kitab As-Syarikah.

Kutub Sittah Siri ke-2 diteruskan lagi..

Kaherah, 28 Oktober – Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri ke-2 PMRAM 2010 diteruskan lagi pada hari ini dan masih berlangsung sehingga ke saat ini dengan jayanya. Dimaklumkan kehadiran peserta sehingga jam 1 petang mencecah 1150 orang. Majlis bermula kira-kira jam 7.30pagi dengan alunan burdah oleh para peserta.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan pembacaan Shahih Bukhari oleh Fadhilah As-Sheikh Redha Zakaria Muhammad Abdullah dan ditemani oleh Fadhilah As-Sheikh Jamal Farouk Jibril Mahmud dari kitab Al-Syufa’ah hingga kitab Wakalah bermula dari hadis ke 2257 sehingga hadis 2319.

Tepat jam 10.00pagi fadhilah As-Sheikh Saad Saad Razak Jawish mengambil posisi meneruskan sessi pembacaan hadis dari kitab (Al-Hars Wal-Muzara’ah ) dari hadis 2320 sehingga hadis 2350.

Pembacaan hadis berlagu yang dialunkan oleh As-Syeikh Saad berjaya menarik hati peserta untuk terus mendengarkan hadis-hadis yang seterusnya.

Majlis kemudiannya ditangguhkan sebentar untuk memberi laluan solat zohor dan makan tengahari.

27 October 2010

Kutub Sittah Siri Ke-2 Berlangsung dengan Gemilangnya

Barisan Masyaikh di Majlis Perasmian
Perasmi menurunkan tandatangan di atas plat buku kutub sittah

Presiden PMRAM menyampaikan cenderahati kepada perasmi

Fadhilah As-Sheikh Usamah

Fadhilatus Sheikh Dr. Yusri Rushdi As-Sayyid Jabr Al-Hasani


Kaherah, 27 Oktober - Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri Ke-2 PMRAM 2010 telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran peserta yang mencecah sehingga 1100 orang beserta kehadiran tetamu kehormat. Dewan Nadi Riadhi sekali lagi menempa sejarah kerana dipilih sebagai lokasi berlangsungnya Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri Ke-2. Kehadiran para peserta yang membanjiri perkarangan Dewan Nadi Riadhi seawal jam 6.30pagi. Majlis yang gilang gemilang ini telah bermula pada jam 8.30pagi dengan upacara majlis perasmian yang disempurnakan oleh Fadhilah As-Sheikh Al-Ustaz Ad-Duktur Muhammad Mahmud Abu Hashim Dekan Kuliyyah Usuluddin Universiti Al-Azhar, Kampus Zaqaziq mewakili Al-Imam Al-Akbar Sheikh Al-Azhar Al-Ustaz Ad-Duktur Ahmad Muhammad Thoyyib.

Majlis pembacaan hadi dimulakan oleh Fadhilah As-Sheikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari pada Kitab Al-Umrah bermula hadis yang ke 1773 sehingga hadis yang ke 1917(Kitab Puasa).

Seterusnya majlis pembacaan diteruskan dengan pembacan oleh Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Yusri Rushdi As-Sayyid Jabr Al-Hasani sehingga hadis yang ke 2046 seterusnya menamatkan kitab al-i'tikaf.

Seusai Solat Fardhu Asar, pembacaan hadis diteruskan oleh Al-'Alim Al-'Allamah As-Sheikh Muhammad Ibrahim Abdul Baith Al-Kittani sehingga akhir kitab As-Salam.

Majlis ditangguhkan dengan bacaan doa oleh Al-'Alim Al-'Allamah As-Sheikh Muhammad Ibrahim Abdul Baith Al-Kittani.