Assalamualaikum w.b.t.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatNya kita masih lagi berada dalam naungan nikmat iman dan Islam yang keduanya merupakan nikmat yang cukup agung, selawat dalam salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga dan para sahabat baginda, para tabiin dan mereka yang memperjuangkan agama Allah S.W.T. sehingga ke hari kiamat.
Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri ke-2 pada tahun ini merupakan kesinambungan kepada program sama yang diadakan pada tahun 2009 yang lalu. Program yang berkonsepkan talaqqi ini dimulakan dengan pembacaan Shohih Al-Bukhari bersama para masyaikh Al-Azhar selama 4 hari bermula 17 sehingga 20 Oktober 2009.
Pada kali ini, pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sekali lagi akan mengadakan Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri ke-2 yang akan berlangsung pada bulan Oktober 2010. Pembacaan akan diteruskan dengan sambungan kitab Shohih Al-Bukhari yang akan dikendalikan oleh para masyaikh Al-Azhar. Segala maklumat berkaitan program akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui iklan dan promosi yang dijalankan.
Akhir sekali, saya mewakili pihak jawatankuasa pelaksana Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri ke-2 ini berharap agar ia dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga Allah S.W.T. membantu dan memberikan pertolongan kepada kita semua.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Muhammad Yusuf A Kadir,
Pengarah,
Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri ke-2
No comments:
Post a Comment