Temu bual bersama Syeikh Saad

Temubual Syeikh Al-Azhar

Kalam Presiden PMRAM 2011

Kalam Pengarah Program

PESERTA KUTUB SITTAH SIRI KE-3

30 September 2011

Jom Berkenalan dengan Kutub Sittah

Kutub Sittah ertinya buku-buku yang enam. Buku yang enam tu apa? Kitab-kitab yang secara rasmi di iktiraf sebagai Kutub Sittah ini ialah Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Jami’ Tirmizi, Sunan Nasai’e dan Sunan Ibn Majah.

Kesemua kitab ini merupakan kitab yang mengumpulkan hadith Rasulullah saw.

1. Kitab Sahih Bukhari dikarang oleh Abu ’Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Bukhari. Imam Bukhari merupakan Amir al-Mukminin di dalam bidang hadith. Selain Sahih Bukhari Imam Bukhari menulis juga karya-karya lain.

Nama penuh Sahih Bukhari ialah: ”Al-Jami’ al-Sahih al-Musnad min Hadith Rasulillah sallallahhu ’alaihi wa sallam wa sunanihi wa ayyamihi.”

2. Sahih Muslim pula dikarang oleh Imam al-Hafiz Abu al-Husin Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi al-Nisaburi.

3. Sunan Abi Daud dikarang oleh Abu Daud Sulaiman bin al-Asy’ath bin Ishaq bin Basyir bin Syaddad al-Azdi al-Sijistani. Beliau merupakan al-Imam Syaikh al-Sunnah Muhaddith Basrah.

4. Abu ’Isa Muhammad bin ’Isa bin Surah bin Musa bin al-Dhahhak al-Tirmidhi mengarang Jami’ Tirmidhi. Imam Tirmidhi memiliki banyak karya lain juga.

5. Kitab Sunan al-Nasai’e ditulis oleh al-Imam Abu ’Abd al-Rahman Ahmad bin Syua’ib bin ’Ali bin Bahr al-Nasai’e. Kitab Sunan ini juga dikenali sebagai Sunan al-Mujtaba.

6. Sunan Ibn Majah, rangkaian kitab Sunan Sittah ditulis oleh Abu Abdillah Muhammad bin Yazid bin Majah. Beliau juga dikenali sebagai Ibn Majah al-Quzwini.

Saya mencadangkan, kawan-kawan semua milikilah koleksi hadith. Alhamdulillah, kita semua sudah memiliki al-Quran dan terjemahannnya. Sekarang kawan-kawan cuba cari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim pula sebagai koleksi permulaan. Carilah Sahih Bukhari dan Muslim yang ada tejemahan kat tepi.

Seronok sangat bila boleh baca hadith Rasulullah saw. Seluruh al-Qur'an yang kita sering baca tu, semuanya diaplikasikan dan hidup semasa hayat Rasulullah saw. Para sahabat baginda juga menterjemahkan al-Quran dalam kehidupan mereka. Semua ini boleh kita kenali melalui hadith-hadith Rasulullah saw.

Sekiranya kita berkata, kita cintakan Allah...kita dikehendaki oleh Allah mengenali Rasulullah saw dan kehidupan baginda terlebih dahulu. Kita berusaha melakukan apa yang Rasulullah saw lakukan. Selepas itu barulah Allah akan mencintai kita.

"qul inkuntum tuhibbunallah, fattabi'uuni, yuhbibkumullah" (Ali Imran:31)

Sesiapa yang cuba mendekati Allah tanpa melalui jalan yang Nabi saw telah tunjukkan, nescaya orang itu tidak akan ke mana. Dia tidak akan beroleh cinta Allah. Jom lah berkenalan dengan Rasulullah saw melalui hadith-hadith Baginda saw.

daripada : http://albazrah.blogspot.com/2008/08/jom-berkenalan-dengan-kutub-sittah.html

No comments:

Post a Comment