Temu bual bersama Syeikh Saad

Temubual Syeikh Al-Azhar

Kalam Presiden PMRAM 2011

Kalam Pengarah Program

PESERTA KUTUB SITTAH SIRI KE-3

19 October 2010

Solat Hajat Pada 21 Oktober 2010 di BKAN dan DPM Bagi Mendoakan Kejayaan Program Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri ke-2

Kaherah, 20 Oktober - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menggesa kepada semua mahasiswa yang berada di Mesir bagi menunaikan solat hajat di BKAN dan DPM masing-masing bagi mendoakan keselamatan program Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri ke-2 ini.

Pengarah program, Saudara Muhammad Yusuf A Kadir ketika ditemui berkata, seruan ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil PMRAM bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Hal ini kerana, melihat kepada beberapa cubaan menggagalkan perlaksanaan program yang sama pada tahun lepas yang julung-julung kalinya diadakan.

Pada kali ini, PMRAM optimis dalam mengajurkan program sebegini bagi memastikan agenda ilmiah dan thaqafah itu dapat disampaikan kepada seluruh mahasiswa.

Semoga usaha ini akan mendatangkan pertolongan Allah S.W.T terhadap kita semua. Pihak jawatankuasa pelaksana sekali lagi mengharapkan agar semua ahli dapat mendoakan kelancaran program ini berlangsung.

No comments:

Post a Comment